Langkau ke kandungan

Peminat Dikejutkan Kehadiran Lady Gaga Di Medan Selera Singapura, Pesan Minum Milo Dinasour Untuk Minum

Lady Gaga

Penyanyi terkenal, Lady Gaga mengejutkan peminat apabila dilihat menikmati makanan di Medan Selera Maxwell, Singapura pada petang Selasa.

Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.

Peminat Dikejutkan Kehadiran Lady Gaga Di Medan Selera Singapura, Pesan Minum Milo Dinasour Untuk Minum

Antara minuman yang dipesan termasuk Milo Dinosaur serta beberapa botol bir.

Peminat Dikejutkan Kehadiran Lady Gaga Di Medan Selera Singapura, Pesan Minum Milo Dinasour Untuk Minum

Walaupun kehadirannya menarik perhatian ramai, penyanyi berusia 39 tahun itu tetap tenang dan melayan peminat yang mendekatinya.

Sebelum meninggalkan medan selera, sekumpulan kecil peminat berkumpul dan bersorak untuknya.

Seorang peminat bertuah sempat mendapatkan tandatangan Lady Gaga pada rekod vinil album Mayhem miliknya sebelum beliau meninggalkan medan selera dan menuju ke kenderaannya.

Peminat Dikejutkan Kehadiran Lady Gaga Di Medan Selera Singapura, Pesan Minum Milo Dinasour Untuk Minum

Seorang lagi peminat yang berada di situ merakamkan detik tersebut dan memuat naik video di TikTok, menyatakan kegembiraannya kerana dapat melihat Lady Gaga secara langsung.

Lady Gaga berada di Singapura untuk siri konsert eksklusif Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura.

Dua lagi konsert dijadualkan pada 21 dan 24 Mei.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: Kanak-Kanak Ini Belanja Pak Cik Lepas Dilihat Kutip Sisa Makanan Untuk Makan, Kebaikannya Sentuh Hati Orang Ramai

Cik Daun

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Daun