Siapa yang tak kenal dengan kuih tradisi iaitu kuih lapis nyonya kan. Tetapi sekarang begitu susah untuk mendapatkan kuih tradisi ini. Malahan jika dibeli sudah semestinya tidak cukup puas untuk dimakan. Apa kata kita cuba membuatnya sendiri. Lebih sedap, lebih jimat dan paling penting lebih memuaskan. Ramai yang tidak tahu cara membuatnya? Jangan khuatir semua, disini saya telah sediakan resepi kuih lapis nyonya putih/merah yang lengkap untuk anda semua.
Resipi Lapis Nyonya
Bahan-Bahan:
- 1 Paket Tepung Beras
- 1/2 Paket Tepung Sagu
- 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 5 Cawan Gula Kasar ( dimasak bersama Daun Pandan dan 1 Cawan Air)
- 15 Cawan Santan (dari dua biji kelapa putih)
- Garam Sedikit
**Warna ikut citarasa masing-masing**
Cara penyedian Kuih Lapis Nyonya Putih/Merah:
- Campurkan tepung gandum, tepung beras, dan tepung sagu. Gaul rata dan ketepikan.
- Masak gula, garam dan juga santan hingga mendidih, tuang ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua. Tinggalkan 1 bahagian tanpa warna, dan tambahkan pewarna makanan merah.
- Tuang 1 adunan warna merahke dalam loyang, kukus 4 minit kemudian tuang adunan putih, kukus 4 minit dan diikuti adunan hijau. Ulangi proses melapis hingga habis. Lapisan yang akhir dikukus lagi 1/2 jam sehingga masak.
- Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.
Selamat mencuba.
Rujuk kepada video di bawah untuk turutan warna serta langkah-langkah penyediaannya:
Kredit: Dahlia’s Kitchen