Harga barangan dapur yang telah meningkat memberi kesan yang besar pada seluruh pihak. Bukan sahaja pengguna, pihak peniaga juga merasai impaknya sehingga terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual. Mungkin hal itu akan buat sesetengah pelanggan berasa tidak berpuas hati, namun terpaksa dilakukan bagi menampung banyak kos lain.
Oleh itu, pelanggan tidak seharusnya cepat marah dan menuduh peniaga sesuka hati bertindak sedimikian. Seperti wanita ini yang tidak marah walaupun harga makanan yang dibeli olehnya adalah jauh lebih mahal dari dahulu.
Terbaru, seorang wanita, oilalista, berkongsi lauk makan tengah hari yang telah dibeli. Memuat naik video itu di laman TikTok, harga makanan itu bagaimanapun menjadi tumpuan.
Membuka bekas polisterine, wanita itu menunjukkan lauk yang telah dibeli olehnya iaitu separuh nasi putih, kerabu mangga dan ikan tenggiri masak tiga rasa. Wanita itu meletakkan sedikit sambal belacan untuk menyedapkan lagi makanan itu.
Setelah dikira, jumlah yang perlu dibayar adalah RM13. Walaupun harganya mahal dari biasa, wanita itu tidak mengadu akan hal itu kerana memahami keadaan sekarang telah memaksa peniaga menaikkan harga barangan yang dijual bagi meneruskan perniagaan mereka.
@oilalista Lunch rm13 alhamdulillah masih ada rezeki
@oilalistaLunch rm13 alhamdulillah masih ada rezeki♬ bunyi asal – Matmi Waniey
Namun begitu, tak semua seperti wanita itu dan hal tersebut dengan mudah. Mereka tergamam dengan harga lauk makan tengah hari yang begitu mahal dan mempersoalkannya.
Sedar bahawa ramai yang kurang berpuas hati dengan harga makanan itu, wanita itu memohon agar para netizen bertenang dan fahami situasi sekarang ini.
Walaupun harga makanan yang dibeli oleh wanita itu adalah lebih mahal dari biasa, wanita itu terima dan cuba memahami sisi peniaga. Hal itu seharusnya diberi pujian. Kadang kita tak tahu kos lain yang perlu ditanggung oleh peniaga.
Kredit: TikTok oilalista