Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Laung “Kopi Merdeka” 3 Kali, Tealive Bagi Kopi Percuma Buat Pelanggan, Boleh Tebus Terus Dekat Kaunter!

Laung “Kopi Merdeka” 3 Kali, Tealive Bagi Kopi Percuma Buat Pelanggan, Boleh Tebus Terus Dekat Kaunter!

Kategori: ,
Kopi Merdeka

Umum sedia mengetahui bahawa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia bakal disambut lebih kurang 2 minggu lagi, iaitu pada 31 Ogos. Perayaan setiap tahun itu disambut bagi memperingati sejarah kemerdekaan negara daripada penjajah.

Untuk itu, dalam meraikan Hari Kemerdekaan, ada berita baik khusus buat penggemar kopi di luar sana. Ini kerana, Tealive akan memberi kopi percuma kepada pelanggannya yang melaungkan “Kopi Merdeka” di kaunter.

Laung “Kopi Merdeka” 3 Kali, Tealive Bagi Kopi Percuma Buat Pelanggan, Boleh Tebus Terus Dekat Kaunter!

Kopi Merdeka

Menurut Dagang News, Tealive meraikan suasana sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini dengan laungan “Kopi Merdeka” daripada 10,000 para penggemar Tealive di cawangannya bermula hari ini, 17 Ogos 2022 hinga 18 Ogos 2022.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Tealive menjemput pelanggannya yang bersemangat patriotik untuk datang bermula hari ini. Ia juga sebagai tanda mempamerkan semangat cinta pada negara dengan melaungkan “Kopi Merdeka” sebanyak tiga kali untuk menerima kopi percuma.

“Sebagai buatan Malaysia, kami memberi layanan kepada rakyat setiap hari di segenap sudut dan pelosok negara tercinta. Kami berbangga dengan identiti Malaysia ketika kami berkembang ke negara-negara Asean, Eropah, Australia dan kini di Afrika.

“Dengan meraikan Merdeka dua minggu sebelum 31 Ogos akan membangkitkan lagi semangat patriotik.

“Ia menjadi permulaan awal yang baik dalam menunjukkan rasa terima kasih kami kepada peminat setia Malaysia. Ia diikuti dengan pemberian diskaun sebanyak 31% bagi Kopi Signature 31 Ogos.

Diskaun Sebanyak 31% Bagi Kopi Signature 31 Ogos

Kopi Merdeka

“Kami amat menghargai segala sokongan daripada para peminat dan penggemar Tealive yang telah membolehkan kami berkembang maju di Malaysia dan luar negara.

“Dengan sokongan mereka, cawangan kami yang ke-800 akan dibuka bulan depan dan terus meningkatkan keupayaan kami sebagai peneraju serantau jenama the gaya hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Loo turut menngumumkan bahawa menu kopi yang lagi menarik dan banyak pilihan akan ditawarkan di setiap cawangan Tealive mulai 17 Ogos, semuanya dibuat mengikut citarasa penggemar kopi dengan biji kopi Arabica premium.

Menu Kopi Lagi Menarik Akan Diperkenalkan Mulai 17 Ogos

Kopi Merdeka

“Kami sedar rakyat Malaysia mengambill berat terhadap cabaran pandemik dan ketidaktentuan ekonomi. Tetapi untuk ulang tahun kemerdekaan ke-65 ini, kami yakin jika kami bersatu padu, segala cabaran akan dapat kita tempuhi bersama. Ini selaras dengan misi kami untuk memperkenalkan “Kopi Untuk Semua”, katanya.

Ini telah mencetuskan idea untuk memberikan kopi percuma iaitu Kopi Signature 120z kepada pelanggan yang mengunjungi cawangan Tealive dan melaungkan “Kopi Merdeka” sebanyak tiga kali.

Misalnya, sebagaimana video yang dipamerkan Foodiemy di TikTok, anda bolehlah menebus kopi percuma anda sekarang selagi stok masih ada! Jangan lepaskan peluang ini!

@foodiemy Be a proud Malaysian and shout out “Kopi Merdeka” three times for a FREE Tealive Coffee this coming 17 and 18 August (or while 10K cups last) ☕🌺 To celebrate Merdeka Day, Tealive is having a “Coffee For All” promotion to reward 10,000 patriotic customers 🇲🇾 Also, enjoy 31% off Signature Coffee only from 17 to 31 August!🔥 Made to order and freshly brewed using Tealive’s signature blend of 100% premium Arabica 🫘 There’s more! Try their other signature coffee beverages including Black Diamond Coffee, Coffee Smoothie Choc Shaka Lava, and their latest Aren Palm Sugar Signature Coffee🤩 Many choices to fuel your day 💼 Celebrate Merdeka Day with Tealive! 💜 #TealiveCoffee #TealiveKopiMerdeka ♬ Morning Coffee – Chevy & Nalba

Sumber: Dagang News

Baca juga: Asyik Repeat Air Tealive Yang Sama? Ini 13 Menu Tealive Yang Sedap Dan Wajib Anda Cuba

tags: | |