Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bila First Time Makan Sushi” – Lelaki Ini ‘Blur’ Kerana Tak Tahu Cara Ambil Sushi Secara Layan Diri, Rupanya Ramai Netizen Seperti Lelaki Ini

“Bila First Time Makan Sushi” – Lelaki Ini ‘Blur’ Kerana Tak Tahu Cara Ambil Sushi Secara Layan Diri, Rupanya Ramai Netizen Seperti Lelaki Ini

Kategori:

Apabila pertama kali makan di kedai Sushi ini, tiba-tiba kita akan blurTak semua orang tahu cara nak order atau layan diri di kedai tersebut.

Bagi kebanyakan orang, jarang-jarang sekali kita untuk singgah kedai sebegini kerana kedai sushi di Malaysia sahaja menggunakan perkhidmatan seperti ini.

Jikalau tidak tahu caranya, boleh ajak kawan-kawan yang sudah biasa ke kedai sushi tersebut atau panggil sahaja pelayan kedai itu.

“Bila First Time Makan Sushi” – Lelaki Ini ‘Blur’ Kerana Tak Tahu Cara Ambil Sushi Secara Layan Diri, Rupanya Ramai Netizen Seperti Lelaki Ini

Seperti video yang dikongsikan oleh abeuwais dengan kisahnya yang blur akibat tidak tahu cara untuk ambil sushi tersebut di mesin layan diri, kisah beliau mendapat perhatian netizen. Ini kerana mereka juga mempunyai pengalaman yang sama seperti beliau.

Ketika sushi yang ingin diambilnya lalu disebelahnya, beliau teragak-agak untuk mengambilnya malah hanya ambil penutup sushi itu sahaja.

Layan Diri

Gelagatnya tersebut membuat rakan-rakannya hanya mampu merakam dan menunggu celoteh yang seterusnya. Selepas mengambil penutup sushi tersebut, beliau cuba hanya mengambil satu sushi sahaja.

Seperti kita tahu, satu pinggan di Sushi King mengandungi 2 (dua) sushi tetapi lain pula dengan beliau. Beliau cuba untuk mengambil satu keping sahaja sushi berkenaan.

Layan Diri

Telatah tersebut membuatkan ramai netizen terhibur dengan gelagatnya.

@abeuwais Bila first time makan sushi . nasib kawan habaq . #foryou #fyp #fypage #ejassikit #uwaispargoy #masukberandafyp ♬ original sound – 🧾 – rizzjack

Dia Buat Macam Makan Jemput-Jemput

Menjengah di ruangan komen, kisah lelaki ini boleh di samakan dengan warganet yang lain. Sampaikan ada yang masih tidak pergi ke kedai tersebut kerana takut untuk pesan.

“Selain Starbuck, Sushi King jugak tempat aku tak jejak. Takut nak order macam mana.”, komen netizen Nani kerana masih takut untuk pergi ke kedai tersebut.

“Kami dua laki bini pun belum pernah pergi sushi, bukan tak mampu, tapi tak tahu pesan”, kata Roland Jenny bahawa mempunyai kisah yang samam seperti Nani.

Layan Diri Layan Diri Layan Diri Layan Diri

Tidak salah pun pergi jika kita tidak tahu. Untuk yang tidak pernah lagi mengunjung ke kedai Sushi, boleh lah cuba untuk beranikan diri anda. Cuba belajar benda baharu, mana tahu anda pula akan ajar kawan-kawan anda yang tidak pernah pergi.

Anda berani, anda akan dapat pengalaman baharu.

Kredit: abeuwais

Baca Juga: “Mesti Ingat Aku Syok Sendiri!” – Wanita Ini Makan Sushi Hingga Tak Sedar Kelakuan Pekerja Di Belakang

tags: | |