Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lebih 10 Biji Kek Terpaksa Dibuang, Pelanggan Marah & Cancel Pesanan Kerana Naikkan Harga 

Lebih 10 Biji Kek Terpaksa Dibuang, Pelanggan Marah & Cancel Pesanan Kerana Naikkan Harga 

Kategori:
10 biji kek terpaksa dibuang

Soal kenaikan harga barangan mentah bukan baru sahaja berlaku. Sejak dahulu kala lagi, semakin meningkat tahun semakin meningkat juga harga barangan. Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga bekalan mentah seperti tepung gandum, telur dan lain-lain bahan berkaitan naik mendadak.

Sehinggakan ada segelintir peniaga kedai kek atau bakery terpaksa menaikan harga jualan mereka. Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan, meletakkan harga yang sangat tinggi. Langsung tidak masuk akal harganya, terlampau mahal.

Namun ada juga yang tidak menaikan harga jualan kek atau kuih muih mereka. Selagi boleh bertahan dan tidak menjejaskan periuk nasi mereka, mereka tetap memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka.

Namun ada juga sampai satu ketika, apabila duit simpanan sudah berkurangan, mereka terpaksa menaikan harga jualan mereka atas sebab harga barangan mentah terlalu mahal. Macam mana nak dapat untung kan?

Terpaksa naikan harga, pelanggan marah dan lebih 10 biji kek dibuang kerana tidak laku

Namun begitu masih ada lagi pelanggan yang tidak faham akan hal tersebut. Ada pelanggan yang sanggup batalkan pesanan gara-gara penjual terpaksa menaikan harga kek. Pastinya hal tersebut menyebabkan penjual terpaksa menanggung kerugian yang agak banyak.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Panaderia Cakes menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan situasi sedih yang terpaksa dihadapi oleh bakery tersebut kerana terpaksa membuang lebih 10 biji kek kerana pelanggan membatalkan pesanan disebabkan pihak bakery tersebut menaikan harga.

Namun harga kek tersebut bukan saja-saja dinaikkan namun atas sebab duit simpanan di dalam akaun sudah berkurangan setelah dua tahun bertahan dengan harga yang sama mungkin.

Kek-kek yang dibuang itu adalah kek yang sudah tamat tempoh dan tidak selamat untuk dimakan kerana mengandungi keju. Walaubagaimanapun, pihak Panaderia Cakes sempat membahagikan kek yang masih elok kepada asnaf.

@panaderiacakes

Sedih, pilu, semua bercampur baur. Semoga diberikan rezeki yang lebih baik lagi.. DOAKAN KAMI YA! #fyp #kuantanpahang #fypシ #kuantan #kek #cakesoftiktok

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

@panaderiacakes Sedih, pilu, semua bercampur baur. Semoga diberikan rezeki yang lebih baik lagi.. DOAKAN KAMI YA! #fyp #kuantanpahang #fypシ #kuantan #kek #cakesoftiktok ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat daripada warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang sakit hati melihat kek-kek berkenaan dibuang begitu sahaja. Tidak kurang juga ada yang menyarankan untuk menyedekahkan kepada jiran namun Panaderia sempat merespon komen tersebut.

Di samping itu, ada yang memandang di sudut yang berbeza berbanding komenter lain. Kerana menurut seorang individu ini, kek tersebut dibuang kerana sudah luput tarikh.

Panaderian Cakes sempat mengakui bahawa mereka tersilap percaturan, buat banyak-banyak namun tiada pembeli. Tidak mengapa, mohon pemilik kedai dan semua yang terlibat bersabar dengan apa yang berlaku ini. InshaAllah, pasti akan ada rezeki yang lebih baik selepas ini. Semoga terus kuat bertahan dan maju jaya!

Sumber: TikTok Panaderia Cakes

Baca juga: “Kesiannya..”, Abang GrabFood Gigih Bawa 6 Plastik Ais Namun Jatuh Berterabur Buat Ramai Sebak 

tags: