Sebagai pekerja kedai kopi, ada kalanya kedai akan dipenuhi dengan pelanggan sehinggakan ada yang tidak terlayan. Dalam situasi berkenaan, mungkin ada sesetengah pekerja yang melakukan semua kerja dalam satu masa.
Maksudnya, tugas mengambil pesanan dan membuat air kedua-duanya terletak pada satu bahu pekerja. Oleh hal yang demikian, ada pekerja yang keletihan sehinggakan tidak perasan kerja yang tertinggal.
Perkara ini telah terjadi kepada pekerja kedai kopi di salah sebuah kedai kopi terletak di Sungai Petani, Kedah. Menerusi satu video yang telah tular baru-baru ini, ia memaparkan kejadian seorang lelaki mengacukan pisau kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja sebuah kedai kopi.
Dalam hantaran video yang berdurasi 15 saat itu, rakaman menunjukkan lelaki dalam keadaan marah serta baran mengugut seorang pekerja menggunakan sebilah pisau dalam kedai kopi terbabit.
Kejadian itu berlaku kerana difahamkan dan didakwa lelaki berkenaan tidak berpuas hati akibat tindakan pekerja yang tidak menghiraukannya semasa membuat pesanan. Sebaliknya, pekerja berkenaan pergi mengambil pesanan meja lain yang berhampiran.
Dalam pertengkaran itu, mujurlah ia diselematkan oleh seorang hero yang merampas pisau lelaki berkenaan dan berjaya meleraikan pergaduhan drastik tersebut.
@chinapress_northern 印裔大哥可能是见过大场面的人 #malaysiatiktok #tiktok新闻大马 #fyp #tiktok新闻#中国报 #中国报北马人 #TrendingNewsMalaysia #bertengkar #kopitiam
@chinapress_northern 印裔大哥可能是见过大场面的人 #malaysiatiktok #tiktok新闻大马 #fyp #tiktok新闻#中国报 #中国报北马人 #TrendingNewsMalaysia #bertengkar #kopitiam ♬ original sound – 中国报北马人
Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan tangkas peleraian terbabit. Misalnya, seorang pengguna TikTok lain memuji, “steady ane, lepas tu sound. Helo, orang lain pun mau makan ooo,” katanya dalam ruangan komen.
Selain itu, ada juga netizen yang kagum dengan ketangkasan lelaki yang meleraikan keadaan itu dengan berkata, “Mantap bang, cool je. Kalau aku dah menggelebah boleh kata dah ghanib la dari situ,” jelasnya memberi pendapat tentang kejadian lelaki acu pisau berkenaan.
Melalui kejadian ini, boleh disimpulkan bahawa bekerja dalam industri F&B (food and beverage) memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan bukan semua orang boleh menghadapinya.
Hal ini ditambah dengan keperluan untuk melayan pelanggan yang mempunyai pelbagai karenah dan tingkah. Kisah lelaki acu pisau ini misalnya.
Terkadang, memang ada masa pekerja tidak terlayan pelanggan kerana tidak cukup anggota pekerja. Dan sebagai pelanggan haruslah melihat kepada situasi kedai dan cuba untuk bersabar.
Sumber: Chinapress
Baca juga: Setiap Hari Masak Maggi, Suami Failkan Cerai Kepada Isteri