Ketika ekonomi dalam keadaan tidak stabil dan harga barangan asyik meningkat, ramai diantara kita yang mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat dengan membeli barang dapur dan memasak sendiri di rumah.
Namun bagi mereka yang senang dan berkemampuan, mungkin tidak terasa dengan situasi terkini. Oleh itu, mereka sangat mampu untuk berbelanja lebih. Malah, ada yang terlampau mewah dan mampu menghabiskan sehingga ribuan ringgit di mana-mana restoran.
Terbaharu, seorang lelaki, banzai_zzz, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi pengalaman yang sangat ‘membanggakan’ buat dirinya.
Untuk mengisi perut yang kosong, dia telah ke sebuah restoran dan memesan beberapa hidangan untuk dinikmati. Setelah menghabiskannya, dia terus meminta resit untuk melakukan pembayaran.
Setelah dikira, jumlah yang perlu dibayar telah mencecah sebanyak 325,000! Sangat lumayan walaupun hanya enam jenis hidangan sahaja yang dipesan. Walaupun harga yang perlu dibayar sangat mahal, tapi lelaki itu tenang dan mampu.
Menurutnya, sebelum ini pernah tular berita mengenai pelakon Airel Zafrel yang telah menghabiskan RM10,000 di restoran. Hal itu dilaporkan oleh beberapa berita tempatan tapi perbelanjaannya yang mencecah 300K lebih itu tidak pula dikecohkan.
Tapi bila melihat secara lebih teliti pada resit, rupanya tempat yang dikunjungi merupakan sebuah restoran di Vietnam. Mungkin sedang bercuti, patutlah lelaki itu boleh menghabiskan sehingga 300K kerana nilai mata wang diantara Malaysia dan Vietnam sangat berbeza.
@banzai_zzz♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀
Di ruangan komen pula, orang ramai terhibur melihat perkara itu. Ini kerana ramai yang hampir tertipu dan mengingatkan bahawa lelaki itu telah menghabiskan jumlah yang begitu besar untuk makan tapi ternyata, harga yang dibayar sangatlah murah dan berpatutan jika ditukar kepada nilai wang Ringgit Malaysia.
Baru sahaja nak rasa kagum tapi rupanya tertipu. Kalau pergi ke negara Vietnam, sesiapa pun boleh menghabiskan sehingga ribuan ringgit. Ini kerana perbezaan mata wang dan nilai Ringgit lebih besar. Jadi, rakyat Malaysia bolehlah bermewah ketika di sana.
Kredit: banzai_zzz
Baca Juga: “Takde Rezeki Nak Merasa..” – Peniaga Sedih, Penat Buka Kedai Untuk Meniaga Tapi Akhir Sekali..