Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mana Ada Semahal Tu!”, Lelaki Bengang Beli Jagung Muda RM23, Ramai Nasihat Supaya Rujuk Semula Dengan Pihak Pasaraya

“Mana Ada Semahal Tu!”, Lelaki Bengang Beli Jagung Muda RM23, Ramai Nasihat Supaya Rujuk Semula Dengan Pihak Pasaraya

Kategori:
beli jagung muda

Sayur-sayuran merupakan antara bahan dapur yang boleh didapati dengan harga yang murah. Namun oleh kerana keadaan ekonomi yang sedikit mencabar buat masa sekarang, hal itu telah memaksa peniaga menaikkan harganya di pasaran.

Perkara itu jelas memberi impak pada seluruh rakyat. Walaupun tidak bersetuju dengan hal itu pada mulanya, pengguna akhirnya terpaksa akur dan memahami keputusan tersebut. Namun harga mahal yang melampau boleh membuat mana-mana pelanggan berasa bengang kerana berasa seperti diri ditipu.

Beli Jagung Muda RM23, Lelaki Ini Rasa Bengang

Telah mengungjungi sebuah pasaraya ternama untuk membeli barangan dapur, seorang lelaki bagaimanapun berasa kecewa setelah melakukan pembayaran dan terus pulang ke rumah. beli jagung muda

Berasakan harga yang dibayar adalah tidak logik, lelaki itu memeriksa barangan yang dibeli bersama dengan resit pembayarannya. Telah membayar RM84.30 dengan beberapa barangan sahaja, rupanya barang yang paling mahal dibeli adalah satu pek jagung muda dengan harga RM23. Hal itu membuatnya berasa sangat tidak senang. beli jagung muda

Tambahnya pula, walaupun dia berasa tidak berpuas hati dengan perkara itu, lelaki itu tidak mampu melakukan proses refund kerana telah menggunakan kaedah pembayaran debit card.

https://www.tiktok.com/@isbp70/video/7051213569009962266?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@isbp70bila beli guna debit card. nak refund xboleh. Dah kena spend lebih ambil barang lain sebab nak cukupkan duit yg kena scam tu.

♬ Oh No Oh No – Kreepi

Menjengah di ruangan komen video yang telah dimuat naik dan dikongsikan di laman TikTok itu, orang ramai berasakan hal tersebut merupakan satu salah faham yang berlaku. Ada yang berasakan proses refund boleh dilakukan dan lelaki itu perlu merujuk semula dengan pihak pasaraya untuk menyelesaikan hal itu.

“Boleh Saja Refund..” beli jagung muda

Malah, ada juga yang berasa harga RM23 ringgit yang telah dikenakan adalah masuk akal memandangkan dalam resit, lelaki itu sebenarnya telah membeli sepuluh pek jagung muda. Yang hanya ditunjukkan dalam video itu hanya satu pek.

“Memang Logik La Mahal Camtu..” beli jagung muda

Sebagai seorang pengguna yang bijak, seharusnya kita lebih berhati-hati dan memeriksa setiap label yang ada. Jangan cepat menyalahkan satu pihak sedangkan kesalahan tersebut ada juga dari diri kita.

Kredit: TikTok Syazwi Zubir

Baca Juga: “Cikgu Pun Dah Pening..”, Menangis Di Tadika, Gelagat Adik Ini Buat Ramai Terhibur

tags: | |