Orang ramai dinasihatkan perlu sentiasa berhati-hati bila berurusan dengan mana-mana pihak luar. Ini supaya untuk mengelakkan diri daripada tertipu dengan pelbagai muslihat dan akhirnya perlu menanggung akibatnya.
Kini penipuan boleh berlaku di mana-mana tempat. Bukan sahaja menerusi talian, malah segelintir pengusaha kedai makan dan restoran juga akan menipu pelanggan demi mengaut keuntungan lebih. Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan membuat mana-mana pelanggan berasa kecewa dan marah. Pelanggan juga perlu sentiasa peka supaya tidak terjerat dengan pelbagai muslihat peniaga.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi peristiwa malang yang telah menimpa dirinya dan kawan-kawan apabila mengunjungi sebuah restoran Arab di kota. Memesan beberapa makanan untuk dinikmati, mereka terkejut apabila pelayan mereka telah memberi semangkuk kecil sup cendawan.
Tidak memesannya, lelaki itu bersangka bahawa sup itu diberi secara percuma dan termasuk dalam makanan yang dipesan. Tanpa bertanya pada pelayan, mereka terus menghabiskannya. Setelah itu, pelayan tersebut memaklumkan bahawa pihak mereka telah tersalah beri sup itu dan oleh kerana lelaki itu telah menghabiskannya, maka dia perlu membayar hidangan itu.
Tidak berpuas hati dan berasa seperti dirinya ditipu, lelaki itu mendakwa bahawa mungkin itu salah satu taktik peniaga restoran untuk menipu pelanggan. Tambahnya, dia menasihatkan pada orang ramai yang ingin ke restoran itu untuk lebih berhati-hati supaya tidak terpedaya seperti dirinya. Hal itu turut merosakkan pengalamannya di restoran itu.
https://www.tiktok.com/@malikul_ammar/video/7076767587853503770?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@malikul_ammaringat aku takde duit ke ! aku tahu kau pendatang tapi jangan la tipu orang sini♬ original sound – Ammar Izzuddin
Namun bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai menasihatkan supaya lelaki itu lebih berhati-hati. Jika menyedari sesuatu yang tidak kena, sebaiknya bertanya pada pelayan sebelum memakan hidangan yang tersalah hantar.
Jika hidangan itu tidak dipesan, adalah sebaiknya kita bertanya dahulu pada pelayan sebelum memakannya. Hal itu dapat menggelakkan diri dari tersalah, malah apa yang terjadi mungkin juga kesilapan yang tidak disengajakan dari pihak restoran dan bukannya penipuan. Semoga apa yang terjadi boleh dijadikan pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati.
Kredit: TikTok malikul_ammar