Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bagilah Sepadan Dengan Harga..”, Lelaki Berang Habiskan RM12 Untuk Pulut Mangga ‘Kayangan’ Yang Mengecewakan

“Bagilah Sepadan Dengan Harga..”, Lelaki Berang Habiskan RM12 Untuk Pulut Mangga ‘Kayangan’ Yang Mengecewakan

Kategori:
PULUT MANGGA 'KAYANGAN'

Harga barangan dapur yang semakin meningkat telah memberi impak yang besar pada semua lapisan masyarakat. Hal itu juga telah menyempitkan golongan pengusaha kedai makan kerana terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual bagi menampung pelbagai kos sampingan.

Namun hal itu juga membuka peluang bagi sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang tinggi. Perkara itu membuat para pelanggan berasa tidak berpuas hati. Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki baru-baru ini.

Pulut Mangga ‘Kayangan’ RM12 Sangat Mengecewakan

Terbaru, seorang pengguna, tajjuddin_tj84, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi peristiwa mengecewakan yang terjadi padanya. Membeli pulut mangga, seleranya terus hilang apabila melihat rupa pulut tersebut.

Dengan harga RM12, lelaki itu mempunyai harapan yang tinggi apabila membeli pulut mangga ‘kayangan’ itu. Membeli menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan, lelaki itu bagaimanapun kecewa apabila ianya tiba.

Dengan kuantiti yang sedikit dan saiz pulut yang lebih kurang sama dengan wang syiling 50 sen, jumlah buah mangga yang disediakan adalah sangat tidak berpatutan. Hal itu membuatkan lelaki itu berasa berang dan mempertikaikan harganya yang jauh lebih mahal dari harga pulut yang biasa. PULUT MANGGA 'KAYANGAN'

@tajuddin_tj84 Seller ni letak mangga harum manis ke sampai mahal mcm ni #fyp #fypviral #pulutmangga #rm12 #cendolgereksayy #salaimasterdamansara ♬ original sound – Tj

Tak Patut Malah Sebegitu

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet turut terkedu dengan harga mahal yang telah dikenakan. Pelanggan tidak kisah membayar harga yang mahal jika ianya kena dengan harga. PULUT MANGGA 'KAYANGAN'

Harga Mahal Sebab..

Namun, ada juga yang menerangkan bahawa hal itu adalah kerana caj aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan yang telah digunakan peniaga yang menaikkan harga makanan jauh lebih tinggi dari yang dijual di kedai. PULUT MANGGA 'KAYANGAN'

Walau apapun, peniaga tidak seharusnya mengambil hal itu sambil lewa. Makanan yang dijual pada pelanggan seharusnya disediakan sebaik mungkin agar pelanggan sentiasa berpuas hati. Hal itu akan menyebabkan mereka berasa senang dan sentiasa menyokong perniagaan anda.

Kredit: TikTok tajjuddin_tj84

Baca Juga: “Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..

tags: