Tak semua dari kita beruntung untuk menjalani sebuah kehidupan yang serba cukup dan senang. Malah, masih ramai yang perlu bekerja walaupun perlu menahan kesakitan.
Perkara itu merupakan satu cabaran besar buat setengah insan tapi kerana tidak mahu menyusahkan dan mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak, ia perlu dihadapi demi mencari sesuap nasi.
Seperti mana kisah seorang pak cik yang telah ditemui oleh seorang pengguna , alfi_khaibahar94 dan dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Berjalan-jalan di sekitar sebuah bandar, lelaki itu menemui pak cik bertongkat itu di luar kedai serbaneka Family Mart sedang menjual beberapa paket tisu dan pelitup muka.
Kasihan melihat nasibnya, dia menghampiri pak cik itu bagi bertanya khabar dan berbual seketika.
Bila ditanya, lelaki itu berasa sebak apabila mengetahui bahawa pak cik itu akan berada di luar kedai itu pada setiap hari dan menjual semata-mata untuk mencari rezeki.
Meskipun perlu bertongkat dan menahan sakit, ia perlu dilakukan kerana dia tidak menyusahkan mana-mana pihak. Tambahan, dia bukannya ingin meminta sedekah sebaliknya menjual bagi mereka yang sudi membeli.
Sedih mendengar perkongsian pak cik itu, dia terus pergi mencari sebungkus nasi bagi diberikan padanya. Walaupun tidak mampu memberi sumbangan yang besar, tapi dia berharap pemberian ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban pak cik tersebut.
https://www.tiktok.com/@alfi_khaibahar94/video/7174223518605790491?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@alfi_khaibahar94 sian uncle cari rezeki dgn keadaan tk sihat tapi dia tak pernah mnyerah dlam hidup ini,smoga kita slalu bersyukur dgn apa yg kita punya🥲#fyp #xyzbca ♬ suara asli – 🇦 .🇩 .🇾 .99 – 💻Dʀᴀɢᴏɴ«»»»99🪐 .
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut bersimpati dengan nasib lelaki berusia itu. Bersyukur ada yang membantunya, mereka turut meninggalkan kata-kata baik serta doa buatnya.
“Semoga murah rezeki, uncle dan juga kepada insan berhati mulia ini semoga murah rezeki.”, kata seorang pengguna.
Kasihan pula bila kita mengenangkan nasib pak cik ini, kan? Nasib baik masih ada lelaki ini yang sudi membantu. Kalau anda terjumpa, tak salah juga menghulurkan sedikit bantuan buatnya. Sama-sama kita membantu satu sama lain.
Kredit: alfi_khaibahar94
Baca Juga: Suami Penat Balik Kerja Minta Masak Kambing, Wanita Ini Sempat Lagi Buat Prank. Tak Sangka Pula..