Islam merupakan sebuah agama yang amat mementingkan kebersihan. Penganut agama tersebut dilarang sama sekali untuk memakan makanan haram seperti arak, daging khinzir, makanan beracun dan sebagainya. Hal ini supaya dapat memerlihara kesucian tubuh badan dan mengelakkan penyakit berbahaya.
Bila pengusaha kedai makan yang beragama Islam telah membuka sebuah kedai makan, aspek kebersihan perlu sentiasa dititikberatkan. Malah peniaga bertanggungjawab untuk memastikan makanan yang disediakan tidak mengandungi sebarang kandungan makanan haram seperti daging khinzir agar ia selamat untuk pelanggan yang seagama untuk makan di sana.
Namun memandangkan Malaysia ini berbilang bangsa dan agama, ada segelintir hal tidak dapat dielakkan seperti terpaksa membuka kedai makan bersebelahan dengan kedai makan non-Muslim.
Terbaharu, seorang lelaki, huzailiuniversal, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok dan cuba mendedahkan sebuah kedai makan yang terkenal dengan juadah nasi lemak tapi telah membuka kedainya berdekatan dengan sebuah restoran Cina yang menjual hidangan Bat Kut Teh.
Memandangkan hidangan Bat Kut Teh ini menggunakan daging khinzir, ada segelintir pihak yang mempersoalkan aspek kebersihan kedai makan tersebut sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘Kedai Nasi Lemak Babi’, memandangkan ia bertapak di belakang kedai makan non-Muslim itu.
Walaupun lokasi kedai makan itu kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak dan ada yang meragui kebersihan makanan yang dihidangkan, kedai nasi lemak itu tetap menjadi lokasi pilihan buat orang ramai untuk melepak bersama kawan-kawan.
https://www.tiktok.com/@huzailiuniversal/video/7077051038062234907?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@huzailiuniversal nasi lemak mamak/babi lokasi sea park/paramount. #nasilemakbabi #karyamanusia #menebusimpian ♬ original sound – huzailiUniversal
Menjengah di ruangan komen, tindakan lelaki itu bagaimanapun telah mengundang beberapa kecaman dari orang ramai. Seperti tidak bertoleransi dan tidak boleh menerima budaya dan kehidupan bangsa lain, yang penting mereka yang beragama Islam perlu tahu batas dan hanya memesan makanan dari kedai yang sudah sah halal.
Mungkin risau dan ragu-ragu dengan hidangan yang disediakan oleh kedai makan itu, lelaki itu berasa tergerak untuk kongsikan perkara tersebut pada orang ramai. Namun mungkin caranya agak kurang sesuai di mata orang ramai sehingga ramai berasa was-was dengan motifnya berbuat begitu. Sebaiknya dia bertanya sendiri pada peniaga dari betindak begitu kerana hal sebegini boleh menjejaskan imej kedai tersebut.
Kredit: TikTok huzailiuniversal
Baca Juga: Pelanggan Tak Mahu Bayar Kalau Nasi Goreng Tak Pedas, Peniaga Ini Geram & Masak Cara Ini Pula