Dalam agama Islam, tak semua haiwan boleh dimakan. Ini kerana haiwan yang dilarang boleh memudaratkan kesihatan apabila diambil meskipun dicuci dengan baik. Bukan sahaja haiwan berbisa dan bertaring, malah haiwan yang tinggal di dua alam turut dilarang untuk dimakan.
Meskipun begitu, masih ramai yang keliru sehingga tidak tahu apa yang halal dan haram. Bagi umat Islam, perkara itu tidak patut dipandang remeh kerana pemakanan penting bagi menjaga kesucian diri dan iman.
Di laman TikTok, seorang pengguna, zamad_21, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagatnya yang sedang sibuk membersihkan siput babi.
Membawa pulang beberapa ekor siput babi, lelaki itu beria membasuhnya dengan air paip untuk disediakan untuk dijadikan juadah. Melihat dalam sinki, nampak satu pinggan sudah dipenuhi dengan haiwan itu.
https://www.tiktok.com/@zamad_21/video/7047066049702874394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@zamad_21 Balas kepada @anirrina69 ♬ Bananza belly dancer – koleeditss
Namun, bila menjengah di ruangan komen, warganet rata-rata melarang individu tersebut dari menyediakan siput itu untuk dijadikan hidangan. Berbeza dengan siput sedut, siput babi mempunyai kesan yang buruk pada kesihatan.
Bila dirujuk di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, para ulama terbahagi kepada dua pendapat. Mereka lebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkannya.
(Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia)
Sebagai umat Islam, seharusnya kita patuh kepada hukum-hakam. Jika tidak pasti, bolehlah merujuk pada Mufti dan para ulama bagi menggelakkan diri dari melanggar larangan agama. Jika dijaga pemakanan, maka kita juga dapat menjaga kesucian diri dan iman.
Kredit: TikTok zamad_21, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia
Baca Juga: “Aik! Bukan Beranak Ke?” Individu Ini Masak Telur Lembu, Hidangan Itu Buat Warganet Berasa Hairan