Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Air Tangan Terakhir Mama..” Ibu ‘Pergi’ Tiba-Tiba, Lelaki Ini Begitu Menikmati Masakan Terakhir Ibunya

“Air Tangan Terakhir Mama..” Ibu ‘Pergi’ Tiba-Tiba, Lelaki Ini Begitu Menikmati Masakan Terakhir Ibunya

Kategori:
masakan ibu terakhir

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di dunia. Kalau dapat rasa atau makan air tangan ibu sendiri ni lain macam rasanya, menambah-nambah nasi. Bahkan masakan ibu jugalah penaik selera dikala badan kurang sihat dan tidak bermaya. Bukan sahaja penaik selera namun masakan tersayang ini juga penyebab berat badan naik berkilo-kilo.

Masakan ibu memang tiada tandingan. Walaupun kita sendiri cuba memasak dengan resepi yang ibu kongsikan, rasanya tetap berbeza. Walaupun si ibu hanya menggoreng telur dadar, rasanya tetap luar biasa. Akan tetapi, apabila tiba masanya sang ibu berpindah ke negeri abadi, pasti masakan ibu lah yang paling dirindui.

“Air Tangan Terakhir Mama..” Ibu ‘Pergi’ Tiba-Tiba, Lelaki Ini Begitu Menikmati Masakan Ibunya Yang Terakhir

Berkenaan dengan masakan ibu, terbaharu viral sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan adegan sedih seorang lelaki yang begitu menikmati masakan ibunya. Makanan yang dimakan pada ketika itu adalah air tangan terakhir dari seorang insan yang bergelar ibu.

Dimakan dengan begitu tertib dan perlahan sekali. Dihisap sisa daun dan dihabiskan setiap butir nasi. Mungkin untuk menghayati dan menikmati menu terakhir dari sang ibu. Menerusi video yang dikongsikan oleh 1 Million Story ini, dapat dilihat dengan jelas dia menjilat dan tidak meninggalkan sisa sedikit pun kecuali daun.

Malah menurutnya, mungkin ibunya itu mengetahui dia akan pergi selamanya memandangkan dia menyimpan lauk yang banyak dalam freezer. Juga sempat memohon maaf terhadap arwah ibunya kerana tidak sempat memohon keampunan dari ibunya yang tersayang.

Turut menyatakan di ruangan caption, bukan kerana tidak redha namun dia hanya merindukan insan yang dipanggil mama. Lelaki berkenaan juga masih dalam fasa terkejut kerana mamanya itu pergi secara tiba-tiba.

“bukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…”

@1million.story

bukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…

♬ Rela – Shanna Shannon

@1million.storybukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…

♬ Rela – Shanna Shannon

Masakan mak-mak ni tiada tandingan..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama, iaitu kehilangan ibu pada hari raya. Namun dia dan adik beradiknya sempat merasakan ketupat air tangan ibunya.

“arwah ibu..masuk icu ms hr raya…tp arwah bt ketupat awal simpan kt peti…so pg raya…kami adik beradik blh mkn…sedih…”, tulis imanyusofiskandar

Tidak kurang juga ada yang menyatakan masakan mak-mak tiada tandingan. Walaupun masakan tersebut adalah telur dadar sahaja. “mak aku hidup lagi..masakan mak2 ni xde tandingan..walaupun telur dadar je..brtambah2 mkn.”, tulis KakakOoOyen

Sedih bukan? Kehilangan syurga kita. Tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat bermanja, tiada lagi hidangan istimewa ataupun masakan dari air tangan insan yang bergelar mama atau ibu. Kehilangan insan tersayang ini membuatkan kita berasa kosong.

Malah lebih terasa lagi apabila pemergian ibu atau insan tersayang itu secara tiba-tiba. Jadi buat korang semua, yang masih mempunyai tempat untuk berkasih sayang, untuk merasai masakannya, hargailah ibu dan orang tersayang sebaik-baiknya kerna apabila kita sudah kehilangannya, dunia akan terasa kosong.

Sumber: TikTok 1 Million Story

Baca juga: Harga Mahal Tapi Inti Sikit, Wanita Bengang Lantas Bersemuka Dengan Peniaga Waffle

tags: | | |