Hidup di atas muka bumi ini pastinya akan ada pelbagai masalah yang berlaku. Ujian hidup pasti akan dirasai oleh setiap makhluk. Ujian bahagia, sedih, kehilangan adalah satu kepastian.
Tidak kira siapa pun kita, orang kaya, perdana menteri, doktor, pensyarah pastinya semuanya akan diuji. Diuji dengan manusia sekeliling yang tidak ikhlas, yang melakukan kejahatan kepada keluarga kita.
Bahkan zaman sekarang, terlampau ramai peniaga yang bersikap tidak jujur dalam perniagaan mereka. Mereka ini kadangkala meletakkan harga yang tidak masuk akal, mengurangkan timbangan, menjual makanan yang tidak habis dan pelbagai macam lagi perkara yang mereka lakukan.
Mereka seolah-olah tidak takut akan hukuman atau balasan di akhirat sana. Kerana sangat ramai peniaga Islam yang tidak jujur dalam perniagaan mereka.
Seperti mana yang dikongsikan oleh mohahexcellent di aplikasi TikTok berkenaan dengan peniaga restoran seafood yang dikunjunginya tidak jujur dalam perniagaan mereka.
Hal tersebut berlaku apabila lelaki ini pada mulanya memilih 8 ekor udang untuk dimasak. Malah udang tersebut siap ditimbang terlebih dahulu. Namun apabila sampai ke meja makan, jumlahnya tidak mencukupi.
Lagi empat ekor udang tidak dihidangkan. Tidak tahu ke manakah udang tersebut mungkin hilang sewaktu ia dimasak atau sebaliknya.
Siapa je kan yang tidak bengang apabila berhadapan dengan situasi yang sebegini rupa. Tambahan pula, menurut Mohah hampir satu jam dia menunggu makanan siap dimasak.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan hanya empat ekor udang masak butter yang terhidang di dalam pinggan yang berwarna putih itu.
@mohahexcellent CARA RESTORAN SEAFOOD SCAM PELANGGAN NAK MAKAN pdkfgndkskdnvjs
@mohahexcellentCARA RESTORAN SEAFOOD SCAM PELANGGAN NAK MAKAN pdkfgndkskdnvjs
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan pendapat dari warga TikTok. Namun rata-ratanya bertanya di manakah restoran tersebut. Ada yang minta untuk diberitahu di mana kedai tersebut supaya orang lain juga tidak turut terkena.
Malah ada juga yang menulis, memang banyak peniaga yang bersikap tidak jujur seperti ini. Lebih-lebih lagi peniaga sotong goreng tepung.
Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Mohah ini kerana memang ada je kedai makanan laut yang buat macam ini. Pilih lauk yang segar tapi sampai belakang ditukarnya kepada yang lain.
Peniaga yang tidak jujur dalam perniagaan lebih-lebih lagi peniaga Islam, korang nak cabar siapa? Tidak takutkah pada azab dan balasan Allah. Senang di dunia ini hanya seketika, di akhirat itu kekal selamanya.
Semoga tidak ada lagi mana-mana peniaga restoran yang berniaga sebegini rupa. Kasihanilah para pelanggan. Jangan fikir diri sahaja mahu senang lenang.
Kredit: TikTok mohahexcellent