Setiap kali bulan puasa, pastinya saat-saat indah bersahur dan berbuka bersama keluarga akan tersimpan di dalam hati. Lebih-lebih lagi jika dapat bersahur bersama keluarga tersayang. Namun begitu, bagi yang bersahur bersendirian pastinya agak menyedihkan. Tambahan pula sibuk dan penat bekerja, pasti tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan berbuka.
Kebanyakan yang sibuk bekerja ini akan membeli juadah di kedai atau singgah seketika di bazar Ramadan untuk mencari hidangan yang berkenan di hati. Namun kalau tiada masak, makan apa sahaja yang ada di rumah. Sedih pastinya namun apa lagi yang boleh dilakukan. Lebih-lebih lagi jika waktu bersahur, sudahlah tidak berselera untuk makan, lauk pula tiada.
Berkenaan dengan sahur ini, terbaharu ada seorang lelaki di aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah video berkenaan dirinya yang menyediakan juadah sahur yang cukup berbeza dan lain daripada yang lain. Lelaki yang dikenali dengan nama Muhammad Amyrul ini telah berkongsi video dirinya yang menggoreng ikan laga untuk dijadikan makanan atau hidangan sahur.
Menerusi video tersebut, dia pada mulanya menunjukkan ikan laga yang berwarna hijau merah di dalam bekas kecil sebelum mencampaknya ke dalam kuali yang berisi minyak yang sudah dipanaskan. Ikan tersebut kelihatan tidak dibasuh dan dicampakkan hidup-hidup ke dalam kuali berkenaan.
Namun apa yang dilihat adalah tipu atau manipulasi mata semata-mata. Yang sebenarnya adalah Amyrul bukan memasak ikan laga hidup. Dia sebenarnya memasak ikan laga yang telah mati. Ianya dapat dilihat apabila diperhatikan dengan jelas setelah Amyrul meletakkan kembali bekas ikan laga hidup dan mencelupkan tangan ke dalam bekas laga mati.
https://www.tiktok.com/@emyrul96/video/7082411499829873947?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833
@emyrul96 Maaf awak sye terpaksa makan awakk.. #fyp #foryoupage #sahur ♬ original sound – aku budak comot…!! – Mak Jemah…!!!
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang mengucap panjang gara-gara melihat lelaki ini menggoreng ikan laga yang masih hidup.
Tidak kurang juga ada yang perasan bahawa lelaki ini mengambil ikan dari bekas lain. Memang jelas kelihatan hal tersebut.
Korang jangan pula tertipu ya, dia mungkin cuma mahu bergurau sahaja dan ia hanyalah content semata-mata. Namun pasti timbul dalam benak fikiran korang kan? Adakah ikan laga ini boleh dimakan atau pun tidak. Mungkin bagi korang yang tahu hal tersebut boleh kongsikannya di ruang komen.
Kredit: Muhammad Amyrul
Baca juga: “Patut Adik Senyap Je..”, Ibunya Baru Buat Tempoyak, Tiba-Tiba Anak Uli Sekali Lagi