Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Usaha Tangga Kejayaan” Ramai Kagum Lihat Kegigihan Lelaki Ini Asingkan Tauge Dari Kueh Teow Goreng

Jannah by Jannah
Januari 14, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
lelaki gigih asingkan tauge
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tauge merupakan anak benih yang baru bercambah dari kacang hijau. Walaupun baru menjadi anak benih, ianya boleh dimakan dan merupakan salah satu sayuran yang popular. Selain dimakan secara mentah, seperti dicicah dengan budu dan dimasukkan ke dalam nasi kerabu. Sayur ini juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.

BacaJuga

CARA TANAM TAUGEH SENDIRI

Nak Jimat? Jom Belajar Cara Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah. Boleh Guna Untuk Resepi Kerabu Yang Sedap & Ringkas

Mei 12, 2022
157
CARA PENIAGA

“Baru Perempuan Nampak..”, Cara Peniaga Ini Ajak Orang Beli Buat Ramai Terhibur

Mei 1, 2022
1.5k

Sayur yang kaya dengan vitamin A dan C ini sering kali dijumpai dalam sup, char kueh teow dan kueh teow goreng. Berhubungan dengan tauge ini, pastinya ramai dalam kalangan kita yang kurang menyukai atau langsung tidak menyukai sayur ini.

Kalau pergi makan dekat kedai, siap pesan lagi tidak mahu sayur anak benih dari kacang hijau ini. Kalau ada pun, pasti asingkan awal-awal sebelum dimakan. Namun bagi yang sanggup mengasingkannya satu persatu memang harus dipuji. Seperti mana yang dikongsikan oleh King NazRen Drakers di group Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M). 

Gigih asingkan tauge satu persatu dari Kueh Teow goreng

Di mana dia gigih mengasingkan sayur dan tauge dari kueh teow yang ingin dimakannya itu. Tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk mengasingkan semuannya namun dia sempat menulis diruangan caption mengatakan akhirnya berjaya asing semua.

Akhir nya berjaya asing semua….

Melihat perkongsian dari lelaki ini yang begitu gigih, ramai warganet yang teruja dan bangga dengan kesungguhannya. Selain itu, pelbagai komen dan maklum balas warganet berkenaan dengan perkongsian asingkan tauge ini.

Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan walaupun sudah di asingkan namun masih perlu berhati-hati. Bimbang sekiranya masih ada kepala tauge dalam makanan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan walaupun sayur tersebut sudah diasingkan namun rasa atau baunya masih ada. Bahkan ada yang bercerita akan melakukan perkara yang sama memandangkan dia juga tidak menyukai sayuran ini.

Bagi individu yang anti pada tauge ini pastinya akan menjadi mimpi ngeri apabila temui sayur ini dalam masakan. Belum lagi termakan. Kalau termakan tak tahu apa nak cakap. Bau yang belum masak pun dah lari lintang pukang, kalau termakan mahu tak makan sebulan gamaknya.

Kredit: King NazRen Drakers Via Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M). 

Baca juga: Walaupun Tidak Digemari, Banyak Rupanya Khasiat Yang Ada Pada Taugeh. Memang Patut Diamalkan Setiap Hari!

Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
free download udemy paid course
download huawei firmware
Tags: lelakitaugeTaugeh
ShareTweetSend

Related Posts

keledek goreng nipis
Berita

“Gi Haji 2 Kali Sehari Ni Makcik..”, Gadis Ini Sedih Beli Keledek Goreng ‘Senipis Kulit Bawang’

Mei 25, 2022
0
BEREBUT DI SUSHI KING
Berita

“Makan Ikan Mentah Je..”, Pelanggan Berebut Di Sushi King, Lelaki Ini Sampai Tak Sempat Makan

Mei 25, 2022
591
Dah Lama Pendam Akibat Covid, Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Penuh Semangat di Jamuan Hari Raya Sekolah Buat Netizen Terhibur
Berita

Dah Lama Pendam Akibat Covid, Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Penuh Semangat di Jamuan Hari Raya Sekolah Buat Netizen Terhibur

Mei 25, 2022
62
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist