Umum mengetahui bahawa daging babi merupakan daging atau binatang yang haram dimakan oleh umat Islam. Pengharaman daging tersebut adalah disebabkan tabiat babi yang tidak sihat. Seperti yang kita ketahui, ia merupakan haiwan yang sangat menggemari benda-benda kotor, jijik dan najis.
Walaupun begitu, ramai orang yang bukan Islam amat menggemari daging babi ini. Ia sering dijadikan hidangan dan terbaharu heboh pula daging khinzir yang dipanggang dan rasanya sangat rangup serta enak.
Berkenaan dengan daging ini, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rafiuddin Samad sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan rakannya yang hampir sahaja termakan daging babi. Menurut Rafiudin, rakannya tersebut terlampau suka mengambil atau sauk makanan kawannya.
Ekoran itu, kawannya yang pada ketika sedang mengaul makanan menjawab daging yang berada di dalam bekasnya adalah daging babi. Dia berkata sedemikian rupa kerana pemuda tersebut sedang bersiap sedia untuk mengambil makanannya. Apabila mengetahui ianya adalah daging babi, pemuda ini tidak jadi untuk mengambilnya. Lalu kedengaran suara ketawa rakan-rakan Rafiuddin yang lain.
@rafiuddinsamad Konyol member sauk2 daging babi 😂#fyp
@rafiuddinsamad Konyol member sauk2 daging babi 😂#fyp ♬ Oh No – Kreepa
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Ada yang berpendapat bahawa lelaki ini ditipu kerana sering ambil makanan kawan. Malah ramai juga yang berpuas hati kerana lelaki tersebut dikenakan sedemikian rupa.
Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan dan meminta lelaki ini bertanya terlebih dahulu. Komen tersebut dibalas oleh Rafiuddin sendiri dan mengatakan member buka bekal terus disauk, nasib tak sempat makan. Ada juga yang sempat berseloroh menyuruh lelaki ini meminta satu sudu.
Tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut, sama ada ia betul-betul daging babi atau pun tidak. Memandangkan lelaki ini memang suka merembat makanan kawan, jadi ia mungkin dijadikan sebagai alasan semata-mata agar kawannya itu tidak mengambilnya. Mempunyai kawan yang seperti pemuda ini kadangkala menimbulkan rasa geram di hati juga kan? Walaupun begitu, kawan yang seperti ini memang sepatutnya ada kerana orang yang seperti inilah akan menceriakan hari-hari kita.
Kredit: TikTok Rafiuddin Samad
Baca juga: Lelaki Ini Basuh Siput Babi Untuk Dimasak, Orang Ramai Nasihat Supaya Jangan Dimakan