Tapai merupakan sejenis makanan tradisional Melayu yang cukup popular di kawasan pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Kebiasaannya makanan ini akan disediakan ketika menyambut perayaan ataupun untuk sebarang majlis.
Tapai yang diperbuat daripada pulut dan dicampurkan bersama-sama ragi akan dibungkus dalam daun getah dan daun lain yang sesuai. Kemudian tapai ini akan disimpan untuk beberapa ketika sehingga ia masak dan manis.
Pasti ramai dalam kalangan orang luar dari negeri pantai timur yang tidak biasa makan tapai ini. Sehinggakan ada yang makan tapi bersama-sama dengan daunnya sekali. Seperti mana yang berlaku kepada seorang influencer TikTok iaitu ojennn_aiwahh apabila dirinya di scam oleh kawan-kawannya.
Mungkin tidak pernah makan tapai sebelum ini, jadi lelaki yang sering dipanggil Ojen ini tidak tahu cara yang betul untuk makan tapai pulut tersebut. Memandangkan kawannya memberitahu makan tapai bersama dengan daunnya jadi tanpa berfikir lebih panjang, dia suapkan tapai tersebut ke mulut bersama-sama dengan daun getah.
Mungkin kerana rasanya yang pelik memandangkan tapai tersebut dimakan bersama-sama dengan daun, kelihatan muka Ojen berkerut-kerut. Mungkin menahan rasa pelik dan pahit yang keluar dari daun berkenaan.
Di dalam video tersebut juga, dia turut memberitahu rupa-rupanya ada syarat tertentu untuk membuat tapai ini. Seperti tidak boleh bercakap, nanti tapai berbulu serta tidak boleh memberitahu orang untuk membuat tapai.
Walaubagaimanapun, Ojen kelihatan teruja selepas mengetahui syarat-syarat membuat tapai ini. Malah dia juga sempat bercakap dalam loghat Kelantan di akhir video berkenaan.
https://www.tiktok.com/@ojennn_aiwahh/video/7141668979197660443?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@ojennn_aiwahhMEMANG KENE MAKAN DGN DAUN KE 😅
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video berkenaan. Ada yang tidak dapat menahan ketawa dan keras perut ketawa melihat Ojen kena scam dengan kawannya.
“Keras perut gelak Ojen kena scam”, tulis pemilik akaun TikTok ctkini di ruangan komen.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya, siapa la yang menyuruh lelaki ini makan dengan duan sekali. ” Sape la yang suru makan dengan daun tu”, tulis Sya.
Ada juga yang meninggalkan komen, meminta agar lelaki ini buka dahulu daun tersebut dan baru makan. ” Ya Allah bang, kena buka dulu baru boleh makan”- Rjrahimah78.
Bahaya juga ya jika tidak pernah tahu dan tidak pernah makan tapai ini. Alamaknya jadi seperti lelaki inilah, apabila kawan kata makan bersama-sama dengan daun terus makan bersama dengan daun.
Biasalah, kehidupan berkawan, sakat menyakat ini perkara biasa. Semoga selepas ini, lelaki ini lebih berhati-hati dan menikmati tapai dengan cara yang betul dan tepat.
Sumber: ojennn_aiwahh