Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Masak Atas Arang & Bertanya Pendapat, Lelaki Ini Kena ‘Sekolah’ Kaw-Kaw Dengan Warganet!

Gara-Gara Masak Atas Arang & Bertanya Pendapat, Lelaki Ini Kena ‘Sekolah’ Kaw-Kaw Dengan Warganet!

Kategori:
ARANG

Jika tidak tahu, rajin-rajin bertanya; itulah antara nasihat terbaik orang dahulu. Jangan segan untuk bertanya, kerana jika kita berbuat demikian, pelbagai kesalahan temeh yang dapat dielakkan.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa sebelum menanyakan sesuatu soalan, seeloknya anda perlu melakukan kajian tersendiri terlebih dahulu.

Ini bagi mengelakkan terlalu bergantung pada orang lain dan bertanya soalan yang dianggap kurang cerdik. Kadang-kadang, orang lain juga boleh berasa berang bila mendengar soalan-soalan yang tidak logik.

Cuma Menanyakan Soalan, Lelaki Ini Kena ‘Sekolah’ Dengan Warganet

Baru-baru ini, seorang lelaki, Cukie Sam tampil di group Masak Apa Hari Ni untuk menanyakan pendapat orang ramai mengenai isu membakar daging atas arang.

Bakar daging atas arang takpe ke kalau makan daging tu.? Ade orang kata bahaya utk kesihatan.

Maaf tanye pendapat.

ARANG ARANG ARANG

Video pendek yang dimuat turun tersebut memaparkan tindakan lelaki itu membakar daging atas arang tanpa menggunakan jaring. Terdapat beberapa warganet muncul untuk memberitahu lelaki itu untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

ARANG

ARANG

Bahaya Berbuat Demikian.

Di ruangan komen, warganet menasihati lelaki tersebut untuk berhenti berbuat demikian kerana boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, kebersihan arang tersebut turut menjadi isu.

ARANG

Bagus juga bertanya jika tidak tahu, kan? Maksudnya kita sedia untuk belajar dari pendapat orang lain. Namun begitu, jika sesuatu perkara boleh difikirkan dengan logik akal dan kajian terlebih dahulu, maka tak perlu lah berbuat demikian. Nanti tak pasal-pasal kena sekolah dengan orang lain.

Kredit: Cukie Sam via MAHN

Baca Juga: “Perasaan Time Tu Hanya Tuhan Saja Yang Tahu..” Seharian Berkerja, Abang Foodpanda Ini Dapat ‘Kejutan’ Pula.

tags: |