Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sibuk & Tak Cukup Tangan, Lelaki Ini Kesian Tengok Manager Buat Kerja Seorang Diri Di Restoran

Sibuk & Tak Cukup Tangan, Lelaki Ini Kesian Tengok Manager Buat Kerja Seorang Diri Di Restoran

Kategori:
MANAGER BUAT KERJA SEORANG DIRI

Dengan keadaan ekonomi dan peluang perkerjaan yang tipis, ramai yang mencari pekerjaan. Malah, terdapat beberapa individu yang terpaksa mengambil kerja separuh masa selepas bekerja demi menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Namun, ramai yang mengelakkan diri dari menceburi industri makanan dan makanan, lebih-lebih lagi di restoran makanan segera. Ini atas beberapa faktor. Malah banyak restoran makanan segera besar di Malaysia mengalami masalah kekurangan pekerja, akhirnya membebankan pekerja yang ada.

Sibuk & Tak Cukup Tangan, Lelaki Ini Kesian Tengok Manager Buat Kerja Seorang Diri Di Restoran

Keadaan sebuah restoran makanan segera terkenal kelihatan sibuk dengan beberapa orang pelanggan. Seorang lelaki, sopi.ahmad telah ke sana untuk membeli makanan dan minuman.

Namun ketika tiba di sana, dia berasa terkejut melihat keadaan restoran. Dilihat, ada beberapa orang pelanggan yang sedang menunggu makanan, sambil itu meja makan pula kelihatan terbiar dengan sisa sampah pelanggan sebelum ini yang belum dikemas. MANAGER BUAT KERJA SEORANG DIRI

Meninjau, lelaki itu berasa terkejut apabila mendapati hanya seorang pekerja yang bekerja ketika itu. Menurutnya, hanya tinggal pengurus sahaja, dialah yang melakukan semua pekerjaan. Terlalu sibuk dan tak cukup tangan untuk menguruskan semuanya, pengurus tersebut terpaksa membiarkan meja terbiar ketika sedang menguruskan pesanan pelanggan yang mungkin tertunggak. MANAGER BUAT KERJA SEORANG DIRI

Bersimpati dengan keadaan pengurus tersebut yang mungkin penat melakukan semuanya, lelaki itu berharap dia terus tabah menghadapi cabaran tersebut.

@sopi.ahmad

ada manager ja tinggal aku tgok dia buat semua 😩 staff2 lain casher semua takdak ka wey ? ka resign ramai2 😩 #kfc #kfcdesignvillage

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

@sopi.ahmad ada manager ja tinggal aku tgok dia buat semua 😩 staff2 lain casher semua takdak ka wey ? ka resign ramai2 😩 #kfc #kfcdesignvillage ♬ original sound – Bubih

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa isu kekurangan pekerja di industri makanan dan minuman ini atas beberapa faktor. Tapi yang utama adalah kerana gaji yang ditawarkan adalah sangat sedikit jika ingin dibandingkan dengan waktu kerja yang pangjang serta banyak tenaga yang perlu digunakan.

Gaji Rendah Menjadi Sebab Utama Mengapa Ramai Berhenti MANAGER BUAT KERJA SEORANG DIRI

Kerja seorang diri, terutamanya di tempat yang sibuk semestinya sesuatu yang mencabar dan sangat memenatkan. Semoga isu ini dapat diatasi secepat mungkin supaya pihak lain juga tidak terbeban dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar semula.

Kredit: sopi.ahmad

Baca Juga: “Aku Ke Yang Salah Order?” – Lelaki Hairan, Beli Nasi Lemak Tapi Jumpa Benda ‘Pelik’

tags: | |