Bagi penggemar rojak, sudah tentu sudah mengenali semua jenis yang ada. Selain rojak ayam, rojak sotong dan rojak tauhu, rojak betik turut menjadi kegemaran ramai. Ia sangat enak dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.
Tapi ramai yang menyangka bahawa penyediaan rojak betik ini merumitkan. Jadi dari buat sendiri, lebih baik membeli. Tak juga! Sebenarnya caranya mudah sahaja.
Di sini kami akan kongsikan resepi rojak betik yang telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu. Ringkas sahaja, jom ketahui caranya untuk menyediakan sepinggan rojak betik yang begitu sedap.
Yum! Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Rojak Betik, Nikmat Sungguh Rasanya
Bahan-bahan
- 1 biji betik (masak mekar)
- 2 biji timun batang
- 1 biji nenas
- 7 ekor ikan selayang
- Asam keping
- Garam
- 4 sudu besar cili boh
- 1/2 kerek besar nisang – dapatkan di sini
- Air asam jawa semangkuk
- Cuka makan secukup rasa
- Garam
- Gula
- Perasa
- 1/2 inci belacan
Cara penyediaan
- Rebuskan ikan selayang bersama asam keping dan garam. Kemudian, tumbuk isinya. Air ikan boleh digunakan untuk kuah. Ketepikan.
- Masukkan nisang, air asam jawa, air ikan dan cili boh. Masak sampai nisang cair.
- Kemudian, masukkan air asam jawa, cuka, gula, garam, belacan dan perasa secukup rasa. Masukkan isi ikan dan renihkan sebentar. Kuah rojak sudah siap.
- Buah betik disagat, potong timun dan nenas ikut suka dan hidangkan bersama kuah rojak yang telah disediakan tadi.
Rupanya teramat mudah sahaja untuk menyediakan rojak betik di rumah. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang ringkas sahaja dari resepi ini, sesiapa sahaja boleh mencubanya.
Selamat mencuba resepi yang mudah ini.
Kredit: Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Kentang Putar Guna ‘Fries’ McD Yang Dah Lembik, Yang Pasti Lebih Sedap & Menyelerakan!