Ramai diantara kita yang tidak gemar dengan belut kerana menyamakannya dengan seekor ular. Tak kira lah dimasak dengan apa cara sekalipun, jika sudah tidak suka, memang tak akan menjamahnya.
Namun begitu, ada segelintir di antara kita yang amat gemar untuk menikmati belut. Bukan sahaja mempunyai rasa yang enak, ia juga merupakan sumber protein yang bagus dan mempunyai banyak khasiat pada kesihatan. Selalunya orang ramai gemar menggoreng atau dimasak bersama Maggi.
Di laman Facebook, seorang pengguna, El Nizam, telah memuat naik dan berkongsi gambar masakan belut olehnya baru-baru ini. Namun, apa yang menarik perhatian adalah cara ia dimasak.
Selalunya, orang lain akan menyiang dan memotongnya pada beberapa bahagian kecil, namun lelaki tersebut terus sahaja memasak beberapa ekor belut dengan begitu sahaja.
Sendiri bikin. Senang nak mkn, lorot jer dari kepala sampai ke ekor. Kalau potong2, leceh nak mkn, mcm mkn kuaci, geget sikit2, lenguh gigi. Ade sape berani?
Menjengah di ruangan komen, caranya yang lain dari yang lain menarik minat orang ramai. Tak pernah kelihatan, mereka turut memujinya kerana begitu ‘berani’ kerana mampu menikmati belut dengan cara sebegitu.
Namun, ada juga yang menasihatkan lelaki itu untuk memotong ikan tersebut pada beberapa bahagian dan dicuci dengan elok bagi memastikan ia bersih dan selamat untuk dimakan.
Cara lelaki ini memang patut disanjung! Peminat tegar pun tidak berani menikmatinya dengan cara sebegitu. Siapa sahaja boleh berasa lemah semangat bila tengok masakannya. Anda berani cuba?
Kredit: El Nizam via Suami Masak Apa Hari Ini?