Udang merupakan haiwan yang hidup di perairan sungai, laut atau danau. Terdapat pelbagai jenis dan nama udang ini. Ada udang harimau, udang sungai. Selain dari hidupan mereka di dasar sungai atau laut, ada juga yang menternak udang.
Berkenaan dengan udang ini, pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana bunyinya. Yelah haiwan ini kita biasa temuinya dalam keadaan mati. Mana nak dapat bunyi nya kan? Jika dibandingkan dengan haiwan darat yang lain seperti itik, lembu dan kambing pastinya bunyian mereka sudah biasa kita dengar.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Zackangler telah berkongsi satu video berkenaan dengan bunyi udang ini. Dalam video tersebut, lelaki ini menunjukkan seekor udang yang dipegang dan kedengaran secara halus bunyi dikeluatkan oleh hidupan laut ini.
Ramai yang nak tahu kan ? Nah bunyi udang. pic.twitter.com/xJf90qFyhm
— ≠ (@zackangler) February 7, 2021
Menjengah keruangan komen, ramai yang seakan-akan teruja dengan bunyi yang dikeluarkan oleh udang itu.
Dah jumpa bunyi udang…
Belalang laa…
Konspirasi dunia telah terjawab…
Sumber: Twitter Zackangler