Siapa je yang tak suka Corn Dog Korean Street Food yang enak lagi mengenyangkan ini, kan? Ia adalah makanan yang lazat lagi mengenyangkan. Dengan isi cheese yang padat dan boleh ditarik apabila kita menggigitnya, memang puas hati bila makan.
Di Malaysia dan di negara Asia, sememangnya makanan ini sudah popular dan sudah dijual di merata-rata gerai jalanan. Dengan beraneka pilihan yang ada, harga dijual mengikut saiz Corn Dog dengan kuantiti cheese di dalamnya.
Tetapi, ia berbeza dengan pengalaman seorang lelaki yang membuat hantaran video dia membeli Corn Dog di sebuah kedai.
Menurutnya, rasa kecewanya semakin menebal apabila corn dog cheese yang dibelinya hanya berisi tempe, bukan cheese seperti biasa. Isi tempe yang padat dapat dilihat di dalam corn dog nya dan rata-rata menyifatkan ia sebagai melawan hukum makanan corn dog.
“Corn dog dalamannya tempe sial”, tulisnya dengan kecewa berkenaan Corn Dog tempe tersebut.
Melihat komen orang ramai, rata-rata marah dan dalam masa yang sama terhibur dengan perkongsian video Corn Dog tempe berkenaan. Setakat ini, video tersebut mendapat 160 ribu lebih tanda suka dengan 8 ribu lebih komen yang pelbagai.
@bijarzxx corndog dalemannya tempe siall
@bijarzxxcorndog dalemannya tempe siall♬ suara asli – abiiii
“Ya Allah gelak kuat aku,” komen netizen dengan nama Agil.
“Makan dengan nasi enak tu abang dengan sambal,” seloroh netizen lain.
“Memang ada ke? Ini inovasi baru,” soal netizen lain dengan nama Syaza bertanya mengenai kisah kesal dapat Corn Dog tempe.
Mengikuti kisah ini, bagi Min, jika peniaga mengganntikan isi Corn Dog dengan bahan lain, sepatutnya mereka menerangkan atau memberi label kepada makanan yang dijual mereka.
Ini kerana, jika membeli Corn Dog, pasti mereka akan menyangka Corn Dog tersebut berisi cheese.
Sumber: bijarzxx
Baca juga: Gadis Ini Pesan Cheese Lebih Masa Beli Cheezy Wedges KFC, Tak Sangka Pula Dapat Macam Ni..