Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Yang Pelik Tu Yang Sedap”, Lelaki Ini Makan Nasi Berlaukkan Kek Coklat, Netizen Turut Kongsi Perangai Pelik Mereka. Ada Yang Sampai..

“Yang Pelik Tu Yang Sedap”, Lelaki Ini Makan Nasi Berlaukkan Kek Coklat, Netizen Turut Kongsi Perangai Pelik Mereka. Ada Yang Sampai..

Kategori:
nasi berlaukkan kek coklat

Setiap orang dilahirkan dengan citarasa, pilihan dan tabiat berbeza. Misalnya, ada yang menyukai nasi ayam dan ada yang mencintai nasi kerabu. Citarasa yang berlainan adalah keunikan setiap manusia.

“Yang Pelik Tu Yang Sedap”, Lelaki Ini Makan Nasi Berlaukkan Kek Coklat, Netizen Turut Kongsi Perangai Pelik Mereka. Ada Yang Sampai..

nasi berlaukkan kek coklat

Misalnya, seperti satu video yang tular semalam di laman TikTok, seorang lelaki amat menikmati makanannya apabila nasi yang disuap dicampur dengan kek cawan coklat bersama. Mungkin sesetengah orang akan melihat ia sesuatu gabungan yang pelik, tetapi baginya hidangan nasi dan kek coklat amat menyelerakan.

Kejadian itu mengakibatkan rakan-rakannya yang makan bersama buntu dan pelik melihat tindakan janggal seperti itu. Sehingga ada yang menyatakan ‘lebih mengidam dari ibu mengandung ni’.

“Tolong la terangkan…”, kata kawannya yang pelik melihat citarasa makanan nasi berlaukkan kek coklat.

Apa yang lagi menarik, nasi berlaukkan kek coklat digabungkan juga dengan ulam-ulaman hijau seperti kacang botol. Unik dan menarik bukan?

Perkongsian yang dianggap pelik itu menarik perhatian sesiapa yang menontonnya sehingga mendapat 272 ribu tanda suka dengan 14 ribu komen setakat ini.

Tolong La Terangkan..

nasi berlaukkan kek coklat

https://www.tiktok.com/@iikmaaal_/video/7193935237909368090?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@iikmaaal_tolong la explain ;))♬ kucing mampus – Kxcingg

Melihat ruangan komen, netizen terhibur dan turut berkongsi perangai pelik yang dimiliki mereka.

“Mungkin dia seorang yang sukakan kelengkapan. Nak ada rasa masam manis masin pedas,” kata netizen bernama Pieja.

“Kawan-kawan aku pun gini bang. Karipap cicah kopi biskut cicah sos, keropok ikan cicah kuah Maggi”, komen netizen lain berkongsi pengalaman.

“Kalau aku lah, kalau takda lauk aku makan dengan potato chips,” kongsi Nadia.

Ramai Rupanya Ada Tabiat Pelik, Makan Karipap Cicah Kopi

nasi berlaukkan kek coklat

Mungkin, orang lain nampak ia sesuatu tindakan yang janggal, tapi mana tahu rupanya gabungan nasi dan kek coklat ni sedap kan? Haaa belum cuba belum tahu kan. Apa-apa pun brother ni memang sempoi.

Sumber: iikmaal_

Baca juga: Peniaga Kedai Makan Jual Makanan RM1 Sejak 2016, Percaya Walau Dapat Untung Kecil Ia Tetap Rezeki

tags: | |