Masalah rumah dan dapur yang bersemut sememangnya menyakitkan mata dan hati untuk dipandang. Lagi-lagi bila haiwan itu mula ‘menjamah’ pada makanan di atas meja, terus hilang selera untuk makan.
Itulah yang terjadi pada seorang individu apabila isterinya asyik sahaja hilang selera dan tiada mood untuk makan di rumah setelah melihat semut tengah ‘kendurikan’ makanan di atas meja makan. Akhir sekali, makan di luar lah jawabnya.
Makan di luar ini bukanlah tabiat yang baik. Bukan sahaja tidak sihat, ia mengeluarkan kos yang tinggi. Jadi apabila isterinya di rumah sudah mula membebel mengenai masalah semut di meja makan, lelaki ini mencuba petua mudah untuk menghalau semut di meja makan. Mudah sahaja dan memang berkesan!
Bukan sahaja semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan itu bila menggunakan petua ini. Memang berkesan dan isteri pun gembira sahaja bila tengok meja makan sudah bebas dari haiwan perosak. Baru lah seronok nak makan di rumah! Jimat dan senang.
Semoga petua ini dapat membantu anda juga.
Kredit: Petua Herba Channel
Baca Juga: Petua Cantikkan Kuku Dengan 3 Bahan Ini, Tak Perlu Pergi Spa Dan Bayar Mahal-Mahal Pun!