Ekonomi yang mencabar ketika ini memaksa ramai orang untuk mencuba sedaya mungkin untuk mencari rezeki. Paling menyedihkan apabila anak-anak juga terlibat kerana sedar akan kepayahan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka dan memilih untuk membantu.
Namun di usia yang kecil, adakalanya mereka malu dan tidak tahu cara untuk menjual dari meja ke meja. Tapi ada juga yang sudah tidak segan dalam mencari rezeki dan bijak meniaga. Pandai mengatur ayat, gelagat adik-adik yang meniaga ini sentiasa menarik perhatian.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi gelagat comel seorang adik kecil yang pandai meniaga di sebuah kedai makan. Menjual gula-gula kapas dari meja ke meja, adik itu mendekati lelaki itu untuk menjual jualannya.
Membeli beberapa bungkus gula-gula kapas darinya, adik kecil itu pandai mula bermain ayat untuk menjual lagi pada lelaki itu. Terhibur, lelaki itu juga tak sampai hati lalu membeli lagi jualannya. Tambahan pula, lelaki itu sempat lagi menyedekahkan beberapa ringgit pada adik itu.
Membeli terlalu banyak gula-gula kapas, lelaki itu menyuruh adik kecil itu untuk memberi gula-gula yang dibeli olehnya kepada budak-budak lain yang sedang makan di restoran tersebut kerana dia tidak mampu menghabiskannya.
@mhaslialias Komen klu nak part 2 ✌️✌️✌️
@hasli.aliasKomen klu nak part 2 ✌️✌️✌️
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur bila melihat gelagat adik kecil itu. Pandai berniaga, cara percakapannya sangat sopan dan comel bila dilihat.
Kecil-kecil sebegini pun sudah kenal erti susah dan terpaksa meniaga. Namun begitu, adik itu mungkin terpaksa berbuat begitu demi membantu keluarga di rumah.
Kredit: TikTok hasli.alias