Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Niaga Sambil Sedekah Tu..” Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan

“Niaga Sambil Sedekah Tu..” Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan

Kategori:
lelaki temui gelang tangan

Kebersihan merupakan aspek utama dalam penyediaan makanan. Hal ini bukan sahaja dipraktikkan di rumah namun bagi mereka yang berniaga makanan perlu lebih menitiberatkan lagi. Patuhi segala larangan dan tolong jauhi sebarang perkara yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Bagi peniaga makanan, pasti tiada sebarang bendasing dalam makanan yang dijual. Tidak kiralah sama ada bendasing tersebut daripada mana, sama ada dari binatang atau pun barangan sekeliling.

Manakala sebagai pengendali makanan, sama sekali tidak dibenarkan untuk memakai sebarang alat hiasan atau aksesori seperti mana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Antara aksesori yang dilarang adalah jam tangan, cincin, rantai tangan dan perhiasan diri yang lain.

Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan

Barangan tersebut adalah dilarang kerana terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku. Malah lebih teruk lagi apabila aksesori tersebut jatuh ke dalam makanan yang dimasak atau disediakan.

Seperti mana yang berlaku kepada aminuddin028 apabila tiba-tiba dia menemui seutas gelang tangan di dalam somtam. Kejadian itu berlaku sewaktu dia ingin menjamu selera di sebuah kedai yang terletak di Seti Wangsa, Kuala Lumpur.

 

Ekoran penemuan seutas gelang tangan yang bewarna silver itu, Aminuddin kelihatan terkejut dan sempat bercakap dalam bahasa Thailand. Walaupun begitu, entah apa yang terkeluar daripada mulutnya, mungkin terkejut dan berasa agak kesal apabila menemui gelang tangan tersebut menyebabkan dia bercakap dalam bahasa Thailand.

Nasib juga gelang tangan tersebut bewarna silver dan masih nampak perbezaannya. Namun jika gelang tersebut mempunyai warna yang sama dengan somtam, apakah yang bakal berlaku agaknya.

@aminuddin028 Memang terbaik somtam malaysia. Kedai area setia wangsa KL#fypシ゚viral#viraltiktok#janganfyp#support#foryou👍 ♬ bunyi asal – Amin Red Army KL

Tu dikira cabutan bertuah tu bro..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, sebab tu la kalau kerja kedai makan tidak dibenarkan pakai gelang dengan cincin.

Ada juga yang berseloroh menyatakan dia ingin melamar abang ini malah dalam masa yang sama ada juga yang turut berseloroh menyatakan, gelang tersebut dikira sebagai cabutan bertuah.

Hahahahhahaha kelakar, banyak kali saya ulang..

Dalam masa yang sama ada juga yang menganggap itu adalah satu perkara yang kelakar sehinggakan membuatkan Nurul Najihah ini mengulang melihat video berkenaan. Ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan. hal tersebut dikira untung kerana kebiasaannya orag letak iphone dalam kek tapi abang ini dapat gelang.

Sekali tengok memang agak kelakar namun cuba kita fikir baik-baik apakah kesannya. Andaikata terdapat kuman pada gelang tangan tersebut, bukankah risiko keracunan makanan boleh berlaku?

Oleh sebab itu, ada peraturan mengapa aksesori dilarang pakai oleh peniaga atau pengendali makanan. Moga peniaga makanan mengambil pendekatan akan isu ini.

Sumber: aminuddin028

Baca juga: “Ya Allah Banyaknya..” Khairulaming Terharu & Ucap Terima Kasih, 8800 Botol Sambal Nyet Terjual Sekelip Mata

tags: | |