Cermat, berdisiplin, bagus.
Itu adalah gambaran dan kata-kata yang keluar daripada mulut pelanggan yang pernah berurusan dengan pekerja autistik. Bagi sesetengah orang, golongan ini selalu dianggap tidak boleh membuat kerja dengan benar dengan jelas kerana sifatnya yang sedikit berbeza.
Tetapi, jika mereka diberi peluang, sebenarnya mereka mampu membuat kerja dengan lebih baik berbanding orang biasa yang normal.
Terbaharu, seorang vlogger makanan terkenal, Ceddy menceritakan pengalamannya berkunjung di salah sebuah cawangan Chatime yang terletak di Hospital Thompson Kota Damansara.
Ketika ke sana, dia sangat kagum dengan kecekapan dan ketelitian pekerja autistik yang membuat pesanannya dengan begitu cermat.
“Ini lah Dr Wan yang katakan kepada saya. “Apabila anda memberi pekerjaan kepada pekerja autistik, mereka adalah yang terbaik”.
Misalnya, resepi semua dia ikut siap pastikan jumlahnya betul dan sentiasa tepat masa.
“Yang menyedihkan apabila mereka selalu disalaherti kan,” jelasnya.
Untuk rekod, cawangan Chatime di Hospital Thompson Kota Damansara ini diusahakan oleh seorang Dr yang dikenali sebagai Dr Wan. Dia terlibat dengan Autisme Cafe Project (ACP) yang memberi banyak inspirasi dan galakan untuk golongan ini teruss maju ke hadapan.
Dalam perkembangan sama, Ceddy menceritakan bahawa Dr Wan, pengusaha Chatime cawangan berkenaan pernah mendapat kata-kata yang menjatuhkan dari orang ramai berkenaan usaha projek autisme ini.
Sebelum Dr Wan menghubungi Chatime, terdapat sebuah syarikat teh boba yang berkata kepadanya. “Perniagaan tidak akan bertahan jika mengupah golongan ini”, kata mereka.
Tetapi, Dr Wan membuktikan bahawa kata-kata itu adalah salah dan tidak benar.
Melihat kepada video yang dikongsikan, sememangnya pekerja autistik berkenaan menyiapkan pesanan pelanggan dengan penuh teratur.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersependapat dengan kenyataan di atas. Bahawa golongan autistik patut diberi peluang. Bahawa golongan autistik tidak patut direndahkan tanpa mereka mencuba. Bahawa golongan autistik buka boleh dipukul rata tidak boleh membuat kerja.
Mengambil salah satu komen netizen bernama @fye_dreambig, dia pernah berurusan dengan pekerja autistik di KFC sentul. Layanan dan suasana yang diberikan memang terbaik.
“I teringat ada ssatu KFC dekat Sentul. Staf dia semua OKU dari segi percakapan dan pendengaran. Kita masuk, buat pesanan dengan gerak badan, tunjuk menu apa nak. Kalau makan dekat sana, tunjuk meja. Dan KFC tu serius bersih, kemas dan sunyi. Tenang je,” ceritanya berkongsi pengalaman.
Terbuktilah, golongan autistik ini sememangnya banyak bakat yang terpendam. Jangan menghukum mereka sebelum diberi peluang. Meraka juga insan Tuhan yang penuh dengan rahsia Tuhan.
Terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terliibat dalam menjayakan peluang pekerjaan kepada pekerja autistik ini!
Sumber: Ceddy
Baca juga: 120 Peniaga Sambil Lewa Tinggalkan Besi Khemah Di Jalan, Cetus Bahaya Dan Masalah