Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Tahan Kena Kacau Dengan Makhluk Halus, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Di Sebuah Homestay

Tak Tahan Kena Kacau Dengan Makhluk Halus, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Di Sebuah Homestay

Kategori:
PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOMESTAY

Meskipun dunia sedang bergerak dalam arus pemodenan namun kita tidak dapat menafikan ada sesetengah fenomena misteri yang berlaku tidak dapat dijelaskan oleh logik akal dan kaedah saintifik.

Kewujudan makhluk halus juga telah direkodkan semenjak dahulu lagi. Tambahan pula, kita sering mendengar pelbagai kisah seram yang telah dikongsikan oleh ramai pihak. Berdiri bulu roma bila mendengarnya, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan, terutamanya bila ia berlaku ke atas diri sendiri.

Tak Tahan Kena Ganggu Pukul 4 Pagi, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Di Sebuah Homestay

Oleh kerana bercuti, seorang lelaki, sazrulmalaya bersama kawan-kawannya telah menyewa sebuah homestay di Batu Pahat, Johor untuk menginap buat beberapa hari. Ketika tiba di sana, mereka tidak menyedari apa-apa yang aneh mengenai rumah itu.

Malah, ia kelihatan sangat selesa dan lengkap dengan pelbagai peralatan dan kemudahan. Tidak befikir dengan pangjang, mereka terus menyewa di sana buat beberapa malam.

Namun, satu kejadian aneh berlaku pada satu malam apabila lelaki itu tersedar dan ke dapur bagi tujuan mencari sebilah pisau untuk menyiang ikan. Suasana sunyi sepi, lelaki itu terkejut apabila laci kabinet tiba-tiba sahaja terbuka dengan sendiri.

Cuba untuk tidak mengendahkan hal itu, dia bagaimanapun mula berasa seram sejuk apabila hal itu sering berulang. Tak tahan, dia terus sahaja memanggil kawan-kawannya untuk menyaksikan perkara itu.  PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOMESTAY

Memerhatikannya dari jauh, mereka melihat makhluk halus itu sering bermain dengan laci, seolah-olah cuba menunjukkan kewujudannya pada mereka. Hanya mampu memerhati dari jauh, lelaki itu turut menasihatkan pada orang ramai di ruangan komen untuk lebih berhati-hati ketika ingin menginap di mana-mana tempat memandangkan kita tidak tahu apa yang turut ‘menumpang’ di sana.PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOMESTAY

@sazrulmalaya

seram….dia main Laci pulak..alahaiii🥶🥶#pov #seram

♬ original sound – sazrulmalaya – SazrulMalaya

@sazrulmalaya seram….dia main Laci pulak..alahaiii🥶🥶#pov #seram ♬ original sound – sazrulmalaya

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut kongsi pengalaman seram masing-masing. Menurut seorang pengguna, nurainaaa.r yang telah menginap di sebuah homestay di Ipoh, dia berasa kurang selesa dengan rumah itu.

Walaupun ramai ahli keluarga menemaninya ketika itu, perasaan seram itu membuatnya berasa tidak selesa untuk berehat sehingga dia sangup berjaga sampai ke pagi.

Melihat Video Itu, Ramai Turut Kongsi Pengalaman Seram Masing-Masing PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOMESTAY

Video ini membuktikan bahawa kewujudan makhluk halus ada di mana-mana tempat. Jadi sebelum anda ke mana-mana, pastikan anda berhati-hati dan sentiasa menjaga diri sendiri untuk mengelakkan dari diganggu.

Kredit: sazrulmalaya

Baca Juga: “Makan Pandai Tapi Nak Buka Durian Bodoh..” – Man Kulim Cuba Kupas Durian Tapi Gagal, Akhirnya..

tags: | |