Sejak kebelakangan ini, aduan berkenaan kualiti makanan yang dibeli di luar oleh pelanggan menerusi laman media sosial memang semakin meningkat.
Luahan dan rasa kesal selepas membeli makanan yang disangka mempunya kualiti baik tetapi adalah sebaliknya dikongsi dengan hasrat akan ada penambahbaikan sebagai pengajaran kepada pihak tertentu. Aduan dan keluhan seperti inti karipap kosong, roti canai ada tali mop dan pelbagai hantaran lain dimuatnaik di media sosial.
Terbaharu, sebuah video luahan daripada seorang lelaki berkenaan sandwich yang baru dibelinya mendapat perhatian netizen sehingga tular. Dia mengeluh berkenaan roti sandwich yang dibelinya kerana mengibaratkan dirinya terkena scam oleh peniaga.
“I beli sandwich, so nampak daripada tepi ni uhhh mantap, syahdu. Lepas tu aku bukak-bukak, lahhh (inti) crab stick dia takat tu je?
“Lebih baik tak payah letak lah, hidup segan mati tak mahu je crab stick ni. Hampa kita wak, tapi tak apa lah,” luahnya dalam video yang dikongsikan berkenaan rasa kesal beli roti sandwich tersebut.
Sememangnya, jika terfikir untuk berniga dengan ikhlas, pasti peniaga berkenaan tidak sanggup untuk menjual roti yang mempunyai inti sedemikian rupa. Dia diibaratkan menipu inti roti sandiwch banyak pada bahagian luaran tetapi realiti adalah sebaliknya.
@zakwanrahpal_ Hampa hati kita wak tapi takpe la 🥺
@zakwanrahpal_Hampa hati kita wak tapi takpe la 🥺♬ original sound – zakwanrahpal
Meninjau ruangan komen, ramai orang ramai dan netizen yang turut kesal dan berkongsi pengalaman sama di-scam peniaga yang menipu.
“Bukan setakat crab spread dia, sayur pun.”
“Tak faham macam mana orang sanggup jual macam ni.”
“Sedihnya I expect at least sayur tu full”.
“Memang macam makan roti kosong je.”
“Melampau, sakit hati pula tengok.”
Itulah beberapa luahan orang ramai memberi pendapat tentang kisah lelaki kongsi rasa kesal beli roti sandwich berkenaan.
Melalui kisah keluhan pelanggan yang rasa kesal beli roti sandwich ini, semoga peniaga di luar sana jujur dalam meniaga. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Lagi-lagi, meniaga adalah perkara yang kita lakukan untuk menyuap rezeki ke dalam perut kita dan orang tersayang.
Sumber: Zakwanrahpal_
Baca juga: Aksi Rider Hantar Makanan Sampai Ke Sungai Hingga Berenang, Ramai Netizen Terhibur