Dalam ekonomi yang terumbang ambing ini, ramai rakyat terbawah sedang bergelut dengan hidup. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ringgit semakin menurun dari hari ke hari. Ringgit dijangka berada dalam aliran menurun minggu depan kerana kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat baru-baru ini .
Petunjuk bahawa kenaikan akan berlaku lagi akan terus menjejaskan mata wang, kata seorang penganalisis. Dalam pada itu, harga barang semakin naik termasuklah bahan keperluan asas seperti tepung misalnya.
Seperti satu kes yang dilaporkan media semalam, seorang lelaki diberkas polis kerana melarikan sekotak tepung gandum.
Menurut Bernama, seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduuk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut berjaya diberkas. Dia diberkas di Taman Kota Masai, Johor awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohami Ishak berkata, kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 1.15 pagi. Ia disedari oleh jiran mangsa menyebabkan lelaki berusia 31 tahun terbabit cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama jirannya itu telah mengejar individu tersebut dan berjaya memberkasnya di sekitar Jalan Pulasan di kawasan taman berkenaan.
“Mangsa kemudiannya menghubungi dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis bersama peralatan mencuri iaitu sebatang spanar boleh laras selain sekotak tepung gandum milik mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam berkenaan isu lelaki tempatan larikan sekotak tepung gandum diberkas polis.
Mohd Sohaimi berkata lelaki itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanunn Keseksaan.
Melihat kepada tinjauan pandangan orang ramai berkenaan isu ini, masing-masing memberi pandangan yang tersendiri. Antaranya, ada yang menyuruh Malaysia menubuhkan Food Bank untuk golongan yang susah ini.
“Malaysia patut ada bank makanan di tempat-tempat tertentu. Sediakan beras, gandum serta barangan keperluan untuk rakyat yang memerlukan,” kata netizen bernama Shahrom Siddiq.
Selain itu, ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan ini jika ia memandang dari sudut antara dua darjat antara orang atasan dan rakyat bawahan.
“Yang rasuah juta-juta dibiarkn lepas. Ini setakat sekotak tepung sudah diberkas. Kesihan cuba tolong siasat, entah-entah untuk anak-anak yang kelaparan di rumah akibat kemiskinan,” kata seorang netizen dalam isu lelaki larikan sekotak tepung gandum diberkas polis itu.
Selain itu, ada juga yang berkata, niat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah. Cuma, ada yang terkilan mengapa harus berlaku pilih kasih jika mengemukakan kes mencuri di antara orang kenamaaan dan rakyat biasa.
Semoga semuanya mendapat keadilan yang benar. Dan semoga semua yang sedang bergelut dengan kehidupan menemui jalan cerah dari Tuhan yang esa.
Sumber: Bernama