Dim Sum merupakan makanan tradisi buat kaum Cina. Dahulu, ianya agak sukar untuk mencari versi yang halal memandangkan masih ramai yang tak tahu cara untuk menyediakannya. Tapi kini Dim Sum yang halal boleh didapati di banyak kedai makan dan dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.
Namun begitu, tak semua orang akan menggemarinya. Mungkin kerana tekstur dan rupanya, sesetengah orang mengambil masa untuk membiasakan diri dengannya. Bila dicuba buat pertama kalinya, tentu ada mereka yang berasa lain macam.
Terbaru, seorang lelaki, muhammadakmal_08, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat lucu salah seorang kawannya yang baru sahaja mencuba dim sum.
Keluar untuk makan bersama, mereka memesan beberapa dim sum untuk dicuba. Namun setelah dimakan, salah seorang kawannya kelihatan tidak selesa, malah menggelepar sekejap ketika terpaksa mengunyah dim sum di dalam mulutnya. Selang beberapa saat, dia kembali baik. Satu meja juga tergelak melihat gelagatnya! Mungkin terlalu biasa dengan makanan Melayu, jadi dim sum ini sukar dimakan olehnya.
https://www.tiktok.com/@muhammadakmal_08/video/7063444037063183643?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@muhammadakmal_08 bila kau tekak melayu makan makanan Korea😂#fypシ #foryoupage #jgnviralsudah🤣 ♬ Oh No – Kreepa
Menjengah di ruangan komen, ada juga segelintir warganet yang turut geli bila cuba dim sum. Sukar diterima tekak, nampaknya ada juga yang tak menggemarinya.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa ianya enak dan menjadi kesukaan mereka.
Dim Sum ini semestinya makanan yang sangat unik dan sedap untuk dimakan bersama kawan-kawan. Tapi tak semua orang akan menyukainya. Nak buat macam mana, semua orang mempunyai citarasa masing-masing.
Kredit: TikTok muhammadakmal_08
Baca Juga: Peniaga Tukar Nama Nasi Kerabu Kepada ‘Nasi Kerakus’, Orang Kelantan Pula Bengang