Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makan Roti Expired Sebab Nampak Elok Lagi, Lelaki Ini Serik Lepas Buat Ujian Najis

Makan Roti Expired Sebab Nampak Elok Lagi, Lelaki Ini Serik Lepas Buat Ujian Najis

Kategori:
serik makan roti

Umum sudah mengetahui bahawa setiap makanan proses mempunyai tarikh luput untuk memastikan kandungannya masih selamat dimakan. Namun ramai yang suka mengabaikan tarikh penting tersebut kerana rupa luaran makanan yang dilihat masih elok dan tak berkulat.

Salah satunya adalah roti yang sering danggap masih selamat untuk ditelan. Mungkin rasanya sama sahaja, akan tetapi kisah daripada lelaki ini pasti akan membuka mata kita semua.

Sayang nak buang roti tamat tempoh…

Ketiadaan bau busuk atau kulat pada roti atau makanan seolah-olah membuatkan ianya nampak selamat untuk dimakan. Namun sebenarnya, kulat berkenaan mempunyai akar yang sudah merebak sekaligus merosakkan semua bahagian roti. Bagi lelaki ini, tindakannya yang mengabaikan tarikh penting itu akhirnya membawa padah apabila dia berhadapan masalah kesihatan perut.

Sekarang aku trauma nak makan roti…

Apabila mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta, barulah keadaan dirinya semakin pulih dan keputusan pemeriksaan najis yang dibuat oleh doktor amar mengejutkan lelaki ini. Rupa-rupanya usus dia telah dijangkiti bakteria salmonella dan kejadian itu memang cukup memberikan impak yang besar terhadap dirinya.

Semoga kisah ini dapat membuka mata anda semua. Selepas ini perhatikan sebaik mungkin roti yang korang makan. Agar tidak berlaku kejadian yang sama seperti lelaki ini.

Sumber: Abah Careno

Baca juga: “Makan Je..” Akibat Terlalu Lapar, Wanita Tak Perasan Roti Yang Dimakan Sudah Berkulat Undang Keresahan Warganet

tags: | |