Setiap pasangan akan menghadapi pelbagai ujian. Bergaduh dan merajuk itu sudah menjadi perkara yang biasa, tapi kita juga perlu tahu cara untuk memujuk dan meredakan sebarang perselisihan faham yang berlaku.
Ada yang suka dipujuk tapi perlu kena dengan caranya. Selalunya sesiapa akan suka bila menerima sedikit kata-kata manis untuk melembutkan hatinya yang sedang panas.
Terbaharu, seorang pengguna akaun themhz_ telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah lucu yang telah menimpa ke atas dirinya.
Berlaku sedikit perselisihan faham dengan teman wanita, lelaki itu rungsing apabila pasangannya merajuk.
Untuk memujuknya, dia telah memesan minuman coklat dari restoran Starbucks. Dalam pesanan itu, dia turut meminta barista untuk menulis permohonan maaf darinya.
Tulisnya, “Tolong tuliskan ‘sorry’ kat cup, dia tengah merajuk tanpa sebab. Saya pun tak faham. Tak ada gaduh, tak ada apa tiba-tiba senyap, salah saya kot tak memahami.”.
Bila diambil pesanannya, dia terkejut apabila melihat pesanan yang telah ditulis barista. Hanya minta tulis ‘sorry’ tapi banyak pula yang ditambah.
“Awak janganlah merajuk, hidup saya sunyi tanpa awak. Jika kau jauh, aku selalu rindu. Jika kau ada, hati kan berbunga.”.
@thesagasm_ nasiblah dapat barista yang memahami perasaan customer 😌 #fypシ
@themhz_ nasiblah dapat barista yang memahami perasaan customer 😌 #fypシ ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD
Meninjau di ruangan komen, orang ramai tergelak bila membaca pesanan barista itu. Pandai dia menulis ayat dan memujuk, tentu dia memahami perasaan lelaki itu.
“Barista tu pun awek dia tengah merajuk agaknya. Sebab macam luahan hati dia je dia tulis.”, usik seorang pengguna.
Tentu kita akan berasa rungsing apabila pasangan mula merajuk tanpa sebab seperti yang dialami lelaki ini. Tapi harap dengan kata-kata manis dari barista itu dapat melegakan hati pasangannya.
Kredit: themhz_
Baca Juga: “Godzilla Ke?” – Peniaga Conteng Nasi Bungkus Wanita Ini, Hasilnya Buat Ramai Geli Hati