Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri telah memberi kesan yang besar pada seluruh masyarakat di negara Malaysia. Tak cukup dengan kerosakkan harta benda, ada juga yang terpaksa berlapar sambil menanti bantuan dari pihak lain.
Sedar akan kesusahan yang dihadapi mangsa-mangsa, banyak pihak yang telah mengambil tindakan dan turun ke padang demi memberi bantuan. Malah, bencana tersebut telah menyedarkan ramai bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap satu sama lain, tanpa mengira keadaan, semua ingin menolong.
Melihat kesusahan dan keperitan yang telah dihadapi oleh mangsa, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), amirazam94, nekad untuk turun padang dan memberi bantuan.
Memandangkan ramai mangsa banjir tidak mempunyai keperluan dan makanan yang mencukupi, lelaki OKU tersebut telah bersusah payah menyediakan barangan dan membeli makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan di Selangor.
Tambahnya, kekurangan dari segi fizikal tidak menjadi alasan buatnya untuk berbakti pada rakyat Malaysia ketika mereka mengalami kesusahan.
@amirazam94 semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh Allah SWT 😊🤲#fypシ #fyp
@amirazam94semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh Allah SWT 😊🤲##fypシ ##fyp♬ bunyi asal – Amir Azam
Melihat pada kesungguhan lelaki itu, warganet berasa tersentuh dengan kebaikannya dan seluruh rakyat Malaysia yang sangat bersimpati dengan keadaan mangsa-mangsa banjir.
Ketika negara sedang bergelut dengan bencana banjir, pelbagai pihak telah tampil untuk memberi bantuan pada mereka yang kesusahan. Bersatu dan kuat ketika berhadapan cabaran sebegini, perkara ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih lagi bersatu padu.
Semoga banjir ini cepat reda dan semua yang terkesan dan terlibat dalam operasi bantuan diberi keselamatan dan dipermudahkan urusan.
Kredit: TikTok amirazam94