Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Sanggup Datang Dari Jauh Naik Motor Demi Hantar Makanan Kepada Kekasih “Biy Lapar..”

Lelaki Sanggup Datang Dari Jauh Naik Motor Demi Hantar Makanan Kepada Kekasih “Biy Lapar..”

Kategori:
hantar makanan

Zaman percintaan adalah zaman yang paling best bagi golongan yang bercinta. Zaman tersebut adalah zaman yang semuanya tampak baik sahaja. Orang kata, kentut pun jadi wangi. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi insan tersayang.

Ada yang sanggup berhabiskan wang ringgit untuk kekasih, ada juga yang sanggup berkorban nyawa dan tenaga. Bila dah sayang ni, memang sanggup dan rela melakukan apa sahaja. Bawa motor atau kereta jauh-jauh pun tak mengapa. Asalkan dapat tolong insan tersayang.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fidaus Azim. Apabila dia sanggup menunggang motosikal semata-mata untuk menghantar makanan kepada teman wanitanya.

Lelaki datang dari jauh untuk hantar makanan kepada teman wanita

Pada awalnya, teman wanita Fidaus mengadu lapar. Jadi tanpa berlengah lebih lama, Fidaus sanggup pergi menghantar makanan yang mana jarak perjalanan ke tempat teman wanitanya itu lebih kurang setengah jam. Dalam masa yang sama, lelaki ini juga berharap agar teman wanitanya itu melihat dan menghargai pengorbanannya.  Fidaus ini juga sempat menyatakan agar wanita ini menanti rombongan meminang pihaknya.

https://www.tiktok.com/@fidausazim/video/7051923344618212635

@fidausazim sapa kata budak rempit tak sweet hahaha tunggu saya halalkan awak tau 💍❤️ #fyp #fypシ #budakrempit ♬ bunyi asal – Fidaus Azim

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan maklum balas dari warganet. Namun rata-rata mendoakan pasangan kekasih ini agar segera menamatkan zaman bujang. Tidak kurang juga ada yang seolah-olah cemburu melihat apa yang dilakukan oleh lelaki ini.

Tidak kurang juga ada yang bertanya wujud lagi ke lelaki seperti ini. Rela datang dari jauh semata-mata untuk bagi makanan kepada teman wanita. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat mendoakan lelaki ini agar usaha dulu untuk menghalalkan teman wanitanya itu.

Walaubagaimanapun, doakan yang baik baik sahaja buat mereka ini. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat-cepat kahwin. Tak berapa elok sebenarnya bercinta lama-lama ni. Kalau rasa dah bersedia dan sanggup, terus kahwin. Namun dalam masa yang sama jangan lupa untuk solat istikharah agar pilihan yang kita buat itu adalah terbaik untuk kita.

Kredit: TikTok Fidaus Azim

Baca juga: Takut Pola Pemakanan Anak Darjah 2 Dicemari, Ibu Hanya Bekalkan 3 Biji kurma & Kismis Sahaja

tags: |