Padi merupakan tanaman utama di Malaysia oleh kerana ia adalah makanan utama rakyat di negara ini. Ada pelbagai cara penanaman padi untuk mendapatkan beras daripadanya. Biasanya padi ditanam sama ada di kawasan bukit ataupun kawasan tanah rendah iaitu sawah.
Tetapi, hal ini sangat berbeza dengan seorang lelaki yang berasal dari Vrindavan apabila dia menanam padi di atas kepalanya sendiri. Perkara ini sedang hangat dibincangkan oleh warga maya kerana keunikan cerita disebalik peristiwa tersebut.
Menerusi video-video di TikTok, lelaki itu telah bermeditasi selama 40 tahun dan mengembangkan kemampuan khusus untuk menumbuhkan padi di atas kepalanya. Kebiasaannya, dia telah mengembangkan padi tersebut semasa dan sambil tidur.
Menurut lelaki berkenaan, dia mampu merasa kelebapan kulit kepalanya untuk mengetahui keperluan bagi penyiraman air supaya ia kekal subur.
Lelaki berkenaan menjaga padi atas kepalanya dengan teratur dan sistematik. Hasilnya, dia mendapatkan pertumbuhan padi yang luar biasa.
Ketika musim penuaian tiba, dia menuai padi dan membuat makanan sendiri dari hasil tuaian padi atas kepalanya. Setelah itu, dia menanam kembali untuk melanjutkan kitaran padi tersebut selama beberapa tahun.
@utusantimur Lelaki warga India nekad tanam padi atas kepala #utusantimur #indian
@utusantimur Lelaki warga India nekad tanam padi atas kepala #utusantimur #indian ♬ Its My Life – Sandaru Sathsara
Sumber video: Utusan Timur
Baca juga: Kes Covid Makin Tinggi, Doktor Ini Kongsi Senarai Makanan Untuk Tingkatkan Imuniti Anak