Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Terus Mual Nak Muntah..”, Jumpa Kuku Berdaki Dalam Karipap. Ini Respon Padu Netizen!

“Terus Mual Nak Muntah..”, Jumpa Kuku Berdaki Dalam Karipap. Ini Respon Padu Netizen!

Kategori:
jumpa kuku dalam karipap

Mesti ramai dalam kalangan anda yang pernah terjumpa rambut dalam makanan. Jika terjumpa rambut dalam makanan yang dimasak sendiri atau ahli keluarga itu mungkin masih boleh diterima. Namun apabila terjumpa rambut daripada makanan yang dibeli dari luar memang agak menggelikan.

Lebih-lebih lagi kalau terjumpa kuku. Mungkin ada yang sampai memuntahkan kembali makanan tersebut. Itulah kejadian yang berlaku kepada salah seorang ahli group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Pengguna facebook yang dikenali dengan nama Mee itu menemui kuku yang berdaki di dalam kuih karipap.

Sebelum menjumpai kuku yang berdaki itu, dia sedang asyik menikmati karipap berkenaan. Namun apabila tiba-tiba terjumpa kuku tersebut terus dia beras mual dan ingin termuntah.

Menurutnya, dia sudah melaporkan kejadian tersebut kepada peniaga karipap berkenaan. Peniaga tersebut menjelaskan bahawa mereka membeli karipap yang sedia ada dijual di pasar sebelum menjualnya kembalik kepada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa loya melihat kejadian tersebut. Malah ada juga  warganet yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dan  menasihati penjual agar menitik beratkan soal kebersihan.

Muntah hijau..

 

Pengotor..

Terpelanting masuk..

Apa pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah kebersihan merupakan satu perkara yang sangat penting. Lebih-lebih lagi kalau kita menyediakan makanan untuk dibuat jualan. Kesian dekat orang, boleh membawa kepada keracunan makanan pula nanti.

Sumber: Mee Via MATJHN

Baca juga: Karipap Timbul Jerawat Lebih Sedap? Peniaga Ini Dedah Resepi Jualannya. Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah!

tags: |