Alam rumah tangga ada pelbagai warna dan corak. Apa yang pasti, pasangan harus meraikan pasangan dan menghargai mereka walau di titik mana mereka berada. Bukan ada di saat senang sahaja, malah di saat susah dan gusar, pasangan haruslah ada bersama-sama menempuh segala dugaan.
Kemanisan dalam berkahwin sememangnya patut diraikan dan dipahat menjadi memori indah. Hal yang sekecil-kecil dilakukan oleh pasangan haruslah dihargai kerana sebenarnya ia lebih daripada itu. Hal itu bukan sekadar hal, tapi ia adalah tentang tanggungjawab dan kasih sayang.
Seperti satu video yang tular di TikTok, sekumpulan rakan-rakan sedang menyakat rakannya yang baru kahwin mencuit hati netizen. Gelagat mereka yang mengusik rakannya yang membawa bekal sarapan air tangan isteri dan terselit nota cinta yang manis.
“Have a good day baby. Jangan gatal,” begitulah ayat yang tertulis di nota cinta itu dalam kisah lelaki terima nota cinta dari isteri.
Video itu menunjukkan usikan kawan-kawan yang menarik tangan lelaki berkenaan daripada terus menutup nota cinta terbabit. Lelaki berkenaan sebenarnya bukan berasa malu isterinya menulis sebegitu, mungkin hanya malu-malu kucing kerana tidak terbiasa dengan nota seperti itu. Bukan semua orang dapat merasai kemanisan melalu nota cinta sedemikian.
@yusrychow Pengantin baru sarapan pagi lain macam haha #fyp
@yusrychow Pengantin baru sarapan pagi lain macam haha #fyp ♬ original sound – yusrychow
Melihat ruangan komen, ramai yang turut berbunga-bunga hatinya apabila melihat nota cinta itu. Ramai juga lelaki yang mempertahankan bahawa nota cinta dari isteri bukanlah hal yang memalukan, tetapi lebih kepada bangga kerana isteri menunjukkan kasih sayang mereka kepada suami dengan cara tersendiri.
“Aku lagi bangga kalau bini aku tulis note macam tu. Sebab apa bukan senang nak dapat bini macam tu tau. Sweet apa,” kata seorang netizen bernama Amie mengulas kisah lelaki terima nota cinta itu.
“Kalau aku, aku bangga tunjuknya. Siap kata ‘korang ada?takda kan’ kepada mereka,” tulis netizen lain.
“Laki aku kalau nak bungkus nasi, dia suruh pakaii pembungkus nasi yang sama macam kedai,” komen netizen lain dengan nama Zaza Lavender di kisah lelaki terima nota cinta dari isteri berkenaan.
Memang comel hal yang dilakukan isterinya itu kan. Semoga sentiasa bahagia hendaknya dalam menuju dan memasuki gerbang perkahwinan buat mereka. Jom hargai pasangan masing-masing, barulah kita gembira sentiasa.
Sumber: Yusrychow