Tidak dinafikan makan di luar adalah lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi korang yang tinggal berseorangan atau pun tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai. Pastinya menikmati hidangan di restoran atau kedai makan adalah lebih mudah. Kalau ahli keluarga yang sedikit, nak masak pun jadi serba salah. Tenaga lagi, masa lagi, nak kemas lagi.
Terlalu banyak perkara yang perlu dibuat sehingga membuatkan para ibu ini malas untuk memasak. Tambahan pula jika korang merupakan ibu yang berkerjaya atau pun lelaki bujang. Jadi lebih baik makan di luar atau bungkus sahaja. Namun menjadi masalah apabila makan di luar adalah apabila kita mengunjungi kedai yang tidak pernah kita kunjungi lagi.
Dari segi penyediaan makanan, kita tidak tahu apakah enak atau pun tidak. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki, Mohd Hasrul Hassan di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Berkenaan dengan dirinya yang mengunjungi sebuah kedai makan.
Namun hendak dijadikan cerita, makanan yang dipesan tidak seperti yang dibayangkan atau diidamkan. Kata Hasrul, dia telah memesan kueh teow goreng basah. Namun apa yang sampai betul-betul basah apabila kueh teow tersebut dipenuhi dengan minyak masak.
Menurutnya, kalau tidak makan seumpama menolak rezeki dan tidak sampai hati untuk minta ganti. Tambahan pula kedai tersebut kelihatan sendu sahaja. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui apakah Hasrul berjaya menghabiskannya atau pun tidak.
Al kisah pergi kedai makan. Mintak kueh teow goreng basah. Betul-betul basah ni guys. Hmmm kalau tak makan tolak rezeki. Tak sampai hati nak minta ganti. Kedainya pun sendu.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warganet. Namun rata-ratanya seperti mempersoalkan kenapa minyak terlalu banyak. Malah ada juga yang tidak makan dan selalu tulis pada tisu atau kertas apa yang tidak kena dengan makanan yang dimakan di mana-mana kedai.
Mungkin peniaga berkenaan tidak perasan atau pun ini kali pertama dia menyediakan masakan buat pelanggan. Boleh jadi juga minyak tertumpah. Jadi sebagai pelanggan, ada bagusnya kita memberitahuelok-elok tuan kedai berkenaan. Jika segan untuk memberitahu, seeloknya tulis pada tisu atau kertas. Mungkin dengan kritikan yang kita berikan itu dapat memberikan semangat.
Kredit: Mohd Hasrul Hassan
Baca juga: “Penat Aku Gelak..”, Beli Sarapan Pagi, Bila Sampai Tempat Kerja Dapat Timun Buat Ramai Terhibur