Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Balik Kerja Lelaki Ini Terkedu Tengok Kereta Ada Dalam Pasar Malam, Patut Takde Orang Parking

Balik Kerja Lelaki Ini Terkedu Tengok Kereta Ada Dalam Pasar Malam, Patut Takde Orang Parking

Kategori:
kereta di pasar malam

Di setiap Kampung pastinya akan ada pasar malam. Pasar Malam ini persis pasar tani kerana terdapat pelbagai jenis barangan, dari makanan yang sedap dan enak sehinggalah kepada pakaian. Kebiasaannya pasar malam ini dibuka selepas asar dan akan ditutup pada jam 11 malam.

Ianya akan dibuka pada mana-mana tapak atau tempat yang lapang, luas dan selamat. Sama ada di padang atau pun di kawasan perumahan yang tidak sibuk. Namun di sesetengah tempat ada juga pasar malam yang diadakan di kawasan tempat meletak kenderaan.

Bagi yang mengetahui atau pun sudah sedia maklum akan keberadaan pasar malam pada malam nanti, pastinya dia tidak akan meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Pastinya sungguh kasihan apabila ada individu yang keretanya terperangkap dalam pasar malam.

Kereta berada dalam pasar malam, lelaki ini terkedu

Seperti mana yang dilalui oleh hafis.poketo baru-baru ini, apabila dia secara tidak sengaja meletakkan kenderaan miliknya di kawasan tapak pasar malam.

Mungkin dia tidak mengetahui tentang keberadaan pasar malam pada hari tersebut sehinggakan dia terpaksa menunggu sehingga lewat malam bagi membawa pulang keretanya.

Malah menerusi video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan kereta Satria berwarna putih miliknya berada dikesibukan pasar dan belakang gerai seorang lelaki.

Melihat keadaan sebegitu sewaktu pulang bekerja pastinya membuat dia terkedu dan terkejut. Hafis juga sempat memberitahu patut pun tidak kelihatan orang ramai yang meletakkan kenderaan di situ.

@hafis.poketo

aihh patut takde orang parking kat sini, rupanya ada pasar malam. terkedu saya lepas balik kerja 🥲

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

@hafis.poketoaihh patut takde orang parking kat sini, rupanya ada pasar malam. terkedu saya lepas balik kerja 🥲♬ original sound – Bubih

Rajin bang ea..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga Tiktok yang menonton video yang dikongsi oleh Hafis ini.

Bukan sahaja ada yang terhibur melihat apa yang dilalui oleh lelaki ini tetapi ada juga yang berseloroh menyuruh abang ini buka carboot sale serta menyifatkan abang ini seorang yang rajin.

Aku pernah kene dekat Kelantan..

Dalam masa yang sama ada yang berkongsi pernah melalui pengalaman yang hampir sama di Kelantan sehingga dia terpaksa menunggu hingga lewat malam. Tidak kurang juga ada yang menyarankan Hafis pulang engan grab.

Kalau perkara sebegini berlaku kepada kita, lebih-lebih lagi bagi para wanita pastinya ia membuatkan kita tidak senang duduk. Tambahan pula kalau kita terpaksa pulang ke rumah segera.

Jadi peringatan untuk korang semua, selepas ini sila berhati-hati setiap kali ingin meletakkan kenderaan korang. Kalau nampak pelik semacam dan langsung tiada yang meletakkan kenderaan di situ, jangan pula kita berani sangat nak letak kereta dekat situ ya.

Kredit: TikTok hafis.poketo

Baca juga: Parking Kereta Sedekat Yang Mungkin Agar Senang Nak Suap Ayah, Ramai Yang Mendoakan Wanita Ini

tags: |