Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Terkejut Beli Satay 30 Cucuk Harga Lebih RM100, Tanya Pendapat Netizen Tentang Harga Satay Terkini

Lelaki Ini Terkejut Beli Satay 30 Cucuk Harga Lebih RM100, Tanya Pendapat Netizen Tentang Harga Satay Terkini

Kategori: ,
terkejut beli satay

Satay merupakan makanan yang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Dimakan ketika berkumpul bersama keluarga dan kawan, sememangnya ia makanan yang santai dan menyelerakan.

Jika dahulu, secucuk satay boleh didapati dengan harga bawah RM1, tetapi kini, harga satay sudah naik atas faktor ekonomi.

Lelaki Ini Terkejut Beli Satay 30 Cucuk Harga Lebih RM100, Tanya Pendapat Netizen Tentang Harga Satay Terkini

Seperti berlaku ke atas seorang netizen di Twitter yang bernama @Adiehussin94, dia terkejut apabila kakaknya membeli satay sebanyak 30 cucuk bersama 2 nasi impit dengan harga RM107.00.

Lalu, dia menciap tentang perkara tersebut di Twitter untuk bertanyakan pendapat orang ramai tentang harga yang dikenakan.

“Kakak saya beli satay, cuma nak tanya netizen lah, murah ke mahal? Ke standard?”, tanya Adie Hussin dalam ciapan terkejut beli satay 30 cucuk harga lebih RM100 berkenaan.

Menerusi ciapan itu, dia juga berkongsi resit yang menunjukkan harga dan satay yang dibelinya. Dia membeli satay ayam ori sebanyak 15 cucuk dan satay daging ori sebanyak 15 cucuk. terkejut beli satay

Dengan itu, satu cucuk satay ayam berharga RM2.90 manakala satay daging berharga RM3.90 secucuk.

Satay Ayam RM2.90 Secucuk, Satay Daging RM3.90 Secucuk

Tambahan itu, Adie Hussin juga menyatakan bahawa di salinan resit itu menunjukkan tarikh 2024. Dia berseloroh bahawa harga itu berkemungkinan harga tahun hadapan. terkejut beli satay

“Baru perasan, dia guna harga yang tahun hadapan punya ke macam mana? Tengok tarikh,” kata Abang Kiah.

Hantarannya mendapat perhatian dari orang ramai sehingga tular kerana ramai yang membincangkan harga satay yang dibelinya. Yang pasti, ramai yang menganggap harga yang dikenakan adalah sangat mahal.

“Bagi saya, mahal. Harga biasa, satay ayam boleh dapat bawah RM1.50 secucuk. Satay dekar RnR Dengkil sedap, isi banyak dan murah. Pernah order dalam 30 cucuk satay, harga baru dalam RM40 lebih,” kata netizen dengan nama Raes.

“Soal murah mahal ni sebenarnya sukjektif, ikut kemampuan. No scratch that, mahal nak mampuih OMG ni satay wagyu ke apa?”, komen Ceddy.

Bagi Saya Harga Ni Mahal – Netizenterkejut beli satay

Bagi Min, sememangnya harga yang dikenakan agak mahal sedikit berbanding harga di kedai-kedai lain. Mungkin kena tengok juga beli dekat mana kan?

Bagi korang, macam mana?

Sumber: adiehussin94

Baca juga: Penjual Ini Berjaya Jual Durian Tanpa Kulit 400kg Sehari, Sudah 5 Tahun Niaga Durian Cara Ini..

tags: |