Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Terkejut Harga Kerabu Kaki Ayam RM800, Kali Pertama Jumpa Mahal Macam Ni..

Lelaki Terkejut Harga Kerabu Kaki Ayam RM800, Kali Pertama Jumpa Mahal Macam Ni..

Kategori:
harga kerabu kaki ayam

Kerabu kaki ayam dimakan bersama nasi panas-panas memang mantap kan? Rasa masam dan kekenyalan kaki ayam dalam setiap gigitan menambahkan selera si pemakan. Baca sahaja dah kecur air liur.

Kerabu kaki ayam yang berasal daripada resepi seberang Thailand merupakan kegemaran sesetengah orang. Ia banyak terjual di kedai-kedai makan dengan harga yang murah dan berbaloi biasanya. Kalau zaman sekarang, beli atas talian pun boleh! Senang dan mudah!

Lelaki Terkejut Harga Kerabu Kaki Ayam RM800, Kali Pertama Jumpa Mahal Macam Ni..

Tetapi, hal yang sebaliknya berlaku kepada seorang lelaki yang berkongsi kisahnya di laman TikTok. Dia berkata kerabu kaki ayam di sebuah kedai mencecah RM800. Harga yang ditulis menerusi pesanan atas talian berkenaan begitu mahal dan tidak masuk akal.

harga kerabu kaki ayam

Jika mengikut perkongsian video berkenaan, harga yang ditawarkan pada makanan lain logik dan benar. Misalnya, mee celup berharga RM8 dan ayam butter berharga RM15. Tetapi, apa yang merissaukan adalah harga kaki ayam ‘kayangan’ yang tidak masuk dek akal.

@kai_suria.fm

Lain macam harga ayam ni 🤭 ayam dekat mana ye rm800 🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@kai_molekfmLain macam harga ayam ni 🤭 ayam dekat mana ye rm800 🤣♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Meninjau ruangan komen netizen dan orang ramai, ada yang berpendapat bahawa harga kerabu kaki ayam terbabit mungkin tersalah tulis oleh kedai makan berkenaan. Mungkin dia  ingin memaparkan RM8 kerana jika mengikut logik, begitulah.

harga kerabu kaki ayam

“Mahal ni, mungkin tersalah, RM8 ringgit tu,” kata netizen memberi anggapan kepada video harga kerabu kaki ayam yang mahal berkenaan.

Selain itu, netizen lain juga memberi komen berunsur jenaka. Misalnnya, netizen bernama Ezmy berkata bahawa ayam yang digunakan untuk memasak kerabu kaki ayam tersebut merupakan ayam kayangan dan lain daripada yang lain.

“Ayam tu sellalu cici kaki sebelum tidur tu yang mahal,” tulisnya berjenaka berkenaan harga kaki ayam itu.

“Tak Mungkin Lah, Harga Tu Tersalah Tulis Kot..”

harga kerabu kaki ayam

Kalau mengikut min, tidak mungkin harga sebenar semahal itu kan? Memang peniaga kedai makan terbabit tersalah tulis harga berkenaan ataupun ada sistem yang tersalah. Semoga jika ada kesalahan nanti akan diperbaiki dengan segera supaya urusan peniaga dan pembeli dipermudahkan.

Sumber: kai_molekfm

Baca juga: “Bayar Duit Tak Cukup, Tapi..”, Rider Kesal Pelanggan Layan Macam Ni, Setidaknya Cakaplah Terima Kasih..

tags: | |