Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Lelaki Ini Terkejut Ibu Sendiri Datang Beli Nasi Di Gerai Pasar Malam, Ramai Netizen Tersentuh Hati & Terharu Lihat Hubungan Mereka

Cik Daun by Cik Daun
Disember 3, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
pasar malam
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kemana tumpah kasihnya ibu kalau bukan kepada anak-anak, kan? Ibu bapa menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh, pasti sokongan dan dokongan diberikan kepada anak-anak untuk meniti kehidupan dalam dunia yang serba cedera ini.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang ibu menunjukkan sokongan dan kasih sayang kepada anak lelakinya yang bekerja di sebuah pasar malam. Dokongan itu telah menyentuh hati netizen apabila melihat reaksi lelaki berkenaan dan kesungguhannya bekerja untuk mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

Lelaki Ini Terkejut Ibu Sendiri Datang Beli Nasi Di Gerai Pasar Malam, Ramai Netizen Tersentuh Hati & Terharu Lihat Hubungan Mereka

pasar malam

Di dalam video berkenaan, boleh dilihat lelaki berkenaan terperanjat apabila melihat ibunya sendiri datang menyokongnya dalam berniaga. Menurut ibunya, itu adalah cita-cita anaknya yang ingin menjadi seorang peniaga makanan dengan menjual hidangan menu Kelantan yang sedap kepada orang ramai.

“Petang ni mama prank anak bujang mama, Syazwan sedang berniaga dipasar malam. Syabas sayang kerana gigih bekerja sebagai peniaga makanan menu Kelantan. Semoga Wan terus berjaya dalam mengejar cita-cita dan menjadi ahli perniagaan makanan yang berjaya dan cemerlang, amin.

“Mama tetap berteguh di belakang Wan. Sokong apa yang anak-anak suka,” luah ibunya yang menyokong pekerjaan murni anaknya itu menerusi video di pasar malam tempat anaknya bekerja.

“Syabas Kerana Gigih Bekerja Sebagai Peniaga Makanan…”

pasar malam

Menerusi video itu lagi, kelihatan gerainya mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang beratur untuk membeli juadah di situ.

pasar malam

@norlinaalawi

♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

BacaJuga

gadis OKU

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
58
anak murid OKU di McD

Guru Pendidikan Khas Terjumpa Bekas Anak Murid OKU Di McD, Kagum Tengok Mereka Gigih Bekerja

Januari 8, 2023
129
@norlinaalawi♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

Melihat ruangan komen, ramai yang terharu melihat hubungan mereka anak beranak. Ibunya menjadi contoh ibu yang positif kerana sentiasa menyokong apa sahaja yang anaknya lakukan. Asalkan pekerjaan itu halal dan murni serta baik di sisi masyarakat.

“Muka dia pun dah macam muka penarik rezeki. Muka tenang. Semoga terus berjaya bro. Doa ibu adalah segalanya,” kata seorang netizen mendoakan peniaga lelaki pasar malam berkenaan.

“Handsomenya anak mama, eh anak makcik. Rajin. Moga berjaya dalam perniagaan,” seloroh seorang netizen bernama Jasmin tanda bergurau.

Muka Penarik Rezeki, Semoga Dipermudahkan Urusan

pasar malam

Semoga anak muda terus maju ke hadapan dan kuat dalam mencari rezeki. Di zaman ekonomi yang terumbang-ambing ini, mereka memang memerlukan sokongan sekeliling terutama ahli keluarga untuk terus melangkah jauh. Semoga ekonomi Malaysia terus meningkat ke hadapan untuk membina generasi yang cerah.

Sumber: Norlina Alawi 

Baca juga: “Cerita 6 Tahun Lepas..”, Suami Teruja Nak Bawa Isteri Makan Mi Kari Tempat Kenangan Lama, Tapi Tak Sangka Ini Jadinya..

Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
download udemy paid course for free
download intex firmware
Tags: berniaga makanankisah semangatPasar Malam
ShareTweetSend

Related Posts

peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
64
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
58
dapat doorgift terpaling function
Berita

“Balik Modal Jugak Ni..”, Wanita Pergi Kenduri Dapat Doorgift Terpaling Function, Orang Ramai Boleh Tiru Guna Cara Ni!

Januari 26, 2023
2.4k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist