Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Selama 23 Tahun Hidup, Ini Kali Pertama Si Adik Masak Untuk Keluarga Buat Lelaki Ini Teruja

Selama 23 Tahun Hidup, Ini Kali Pertama Si Adik Masak Untuk Keluarga Buat Lelaki Ini Teruja

Kategori:
lelaki teruja kali pertama adiknya memasak

Memasak atau menyediakan makanan untuk keluarga kadang kala adalah tugas ibu dan juga anak perempuan. Malah dalam masyarakat Melayu kita, orang perempuan atau isteri ini memang sinonim dengan menyediakan masakan. Walaupun begitu tetap juga ada para lelaki tidak kira sama ada ayah atau abang yang menyediakan makanan untuk keluarganya.

Berkenaan dengan masakan atau makanan untuk keluarga ini. Baru-baru ini heboh sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh raja.ghazi berkenaan dengan dirinya yang berasa teruja apabila melihat hasil masakan adik perempuannya.

Teruja bila tahu adik perempuannya memasak untuk kali pertama

Menurutnya, selama 23 tahun hidup itulah kali pertama adiknya memasak. Dalam video berkenaan kelihatan lauk sardin, udang masak cili api dan sambal tempoyak. Melihat makanan-makanan tersebut yang sudah terhidang, pastinya dia berasa teruja dan tak sabar untuk merasainya.

@raja.ghazi

23 tahun aku hidup, harini adalah hari pertama dan dalam sejarah adik aku memasak😭😭😭😭 #fyp #abangyangpenyayang

♬ original sound – Ghaaaaaaaziiiiiii – Ghazi

@raja.ghazi23 tahun aku hidup, harini adalah hari pertama dan dalam sejarah adik aku memasak😭😭😭😭 ##fyp ##abangyangpenyayang

♬ original sound – Ghaaaaaaaziiiiiii

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen warga TikTok berkenaan video tersebut. Ada yang terhibur melihat gelagat ini dan ada juga yang ingin melihat rupa adik perempuannya.

First time masak umur 12 tahun..

 

Dalam masa yang sama ada yang turut bercerita usia berapa mereka pertama kali masak. Ada yang berusia 10 tahun sudah mula memasak, ada juga yang berusia 16 tahun. Ada juga yang turut bercerita, selalu masak tapi tak pernah dihargai sedemikian rupa.

Ok la tu masak..

Bestnya bila kita masak ada orang hargai..

 

Pada usia berapa pandai masak adalah tidak penting sebenarnya. Yang penting tahu memasak dan mampu meringankan beban atau memudahkan urusan ibu tersayang. Namun yang lelaki ini jangan pula tahu makan sahaja. Ada eloknya jika ringankan tangan tolong apa yang patut.

Kredit: TikTok raja.ghazi

Baca juga: Tips Masakan Dari Orang Lama, 3 Bahan Utama Ini Wajib Ada Bagi Menyedapkan Masakan!

tags: |