Majoriti bangsa India tidak memakan daging lembu oleh kerana amalan agama Hindu yang diamalkan. Oleh itu mereka perlu berhati-hati dan sentiasa mengawasi makanan yang dibeli di kedai makan. Ini kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya dan tak semua kedai menyediakan hidangan bebas daging lembu.
Namun adakalanya mereka juga teringin dengan makanan yang ada. Walaupun begitu, amalan agama tidak boleh dilanggar tapi bila ingin mencuba, perlulah mencari alternatif lain pula. Hal tersebut telah dilakukan oleh seorang peniaga apabila salah seorang pelanggannya yang merupakan seorang lelaki warga India tapi ingin cuba hidangan sup di kedai makannya.
Teringin untuk merasai aneka sup, seorang lelaki, AJ Devan telah ke sebuah kedai makan berdekatan selepas siap urusan Cash On Delivery (COD) dengan pelanggan. Namun bila tiba, pemilik tersebut memandangnya lalu bertanya samada lelaki itu berbangsa Melayu atau India.
Menyatakan bahawa dia berbangsa India, peniaga tersebut memaklumkan bahawa bihun sup di kedainya menggunakan daging lembu. Namun begitu, dia menawarkan lelaki itu untuk cuba laksa di kedainya yang tidak mempunyai sebarang daging lembu.
Lelaki itu memesan laksa itu dan berasa terharu dengan sikap peniaga yang prihatin dengan amalan bangsa dan agama lain. Tambah pula, laksa itu juga kelihatan sangat menyelerakan.
@ajdevan5 A lovely day🥰 #penangfoodie #myfoodie
@agentduriancreperabialma A lovely day🥰 #penangfoodie #myfoodie ♬ original sound – Adam Wright
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa kagum dengan sikap peniaga itu yang sangat memahami budaya dan amalan bangsa lain.
Walaupun berbeza agama dan bangsa, peniaga itu memahami serta menghormati amalan lelaki itu. Hal tersebut memang patut mendapat pujian dan dijadikan contoh buat kita semua.
Kredit: TikTok AJ Devan