Selalunya ketika menggoreng, pasti minyak akan terpercik lebih-lebih lagi menggoreng ikan keli contohnya. Tahukah anda bahawa ada petua letak asam keping dalam minyak masak ketika menggoreng untuk memudahkan kerja menggoreng.
Perkongsian daripada Syafiqah Roslin di laman TikTok ini menyatakan bahawa letak asam keping sebelum menggoreng apa-apa masakan sememangnya mempunyai banyak kebaikan.
“Jom letak asam keping sebelum menggoreng popia bolongnese (apa-apa gorengan pun boleh),” katanya dalam perkongsian di laman TikTok itu.
Biasanya, cara ini dilakukan untuk menggoreng ikan goreng seperti ikan keli dan siakap ataupun jenis ikan lain kerana biasanya ikanlah yang selalu membuatkan minyak masak terpercik ketika menggoreng.
“Saya goreng ikan siakap taruh asam keping dulu memang tak melekat,” kata netizen bernama Siti Mariam.
“Saya selalu goreng kerepok. Letak asam keping masa goreng kerepok lekor pun boleh,” kata netizen lain bernama Husnul.
Dalam ruangan komen, ada juga netizen yang menyatakan bahawa letak bawang putih seulas dua juga adalah antara teknik yang digunakan supaya minyak tidak terpercik dan meletup dengan kuat ketika menggorenng bahan masakan tertentu.
Selain itu, bawang putih juga boleh diletak di dalam periuk nasi yang dah nak masak. Dalam masa yang sama, ia boleh dijadikan ulam bawang putih untuk buang angin dalam badan.
@syafiqah_roslin Jom letak Asam Keping sebelum menggoreng Popia Bolognese (apa² gorengan pon boleh)
@businessiqaJom letak Asam Keping sebelum menggoreng Popia Bolognese (apa² gorengan pon boleh)♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ
Semoga perkongsian letak asam keping dalam minyak ketika menggoreng ni bermanfaat buat semua. Cubalah! Tak cuba tak tahu kan hasil dia macam mana? Selamat mencuba buat semua!
Sumber: Syafiqah Roslin
Baca juga: Buat Sushi Guna Roti Keping Biasa, Hidangan Roti Sushi Sandwich Tetap Sedap, Lain Dari Yang Lain!